Wed. May 1st, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

COVID 19 : TREND MELANCONG RAKYAT MALAYSIA BERUBAH

2 min read

Kajian Mendapati 97.4%  Mengutamakan Soal Kebersihan & Keselamatan

KUALA LUMPUR , 4 Mei 2020 : Rakyat Malaysia akan lebih cenderung memilih destinasi percutian dalam negara berbanding luar negara selepas wabak Covid 19 melanda dunia. Menurut laporan daripada Kajian Mengenai Pelancongan Domestik Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh Tourism Malaysia hari ini, lebih 71.3% memilih untuk melancong di dalam negara dan kebanyakkannya mengutamakan faktor keselamatan dan kebersihan dalam memilih destinasi pelancongan.
Kajian secara online tersebut telah dilakukan 7-13 April 2020 dan melibatkan 13,797 respondent dari seluruh Malaysia.

Hasil daripada kajian tersebut 30.7 % pelancong domestik akan memilih untuk bercuti 6-12 bulan selepas PKP berakhir dan 63.9% akan memilih untuk bercuti bersama keluarga.
Kajian juga mendapati pelancong lebih cenderung untuk memilih untuk mengatur sendiri  percutian percutian mereka dengan membuat tempahan secara online berbanding menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan. Sebanyak 88.4 % responden memilih untuk membuat perancangan percutian mereka sendiri berbanding 11.6% akan mengambil pakej pelancongan.

Daripada bahagian persepsi selepas PKP, 90.2 % responden lebih yakin untuk menggunakan pengangkutan sendiri berbanding pengangkutan awam. Pemilihan mode pengangkutan sendiri ini  banyak dipengaruhi oleh faktor tahap kebersihan dan keselamatan apabila kajian mendapati lebih 97.4% bersetuju dengan soal kebersihan dan keselamatan harus diutamakan berbanding harga dan tarikan produk pelancongan. 

Kajian turut mendapati 10 pandangan responden tentang produk pelancongan yang menarik minat pelancong ke Malaysia.

1 . Pulau & Pantai  (76.8%)

2. Syurga Makanan (72.2%)

3.  Nilai Terbaik Berbaloi Dengan Harga.  (67.8 %)

4. Negara Berbilang Kaum (57.8%)

5. Eko Pelancongan (57%)

6) Kepelbagaian Budaya/ Festival (54.6%)

7) Kemudahan Akses (46.9%)

8) Kehijauan Alam (45.7%)

9) Mesra Muslim (45.2%)

10) Destinasi Bersejarah (45.1%)

Hasil daripada kajian tersebut, pasaran domestik  dilihat sebagai sumber utama  untuk industri pelancongan pulih dengan segera.  Dalam masa yang sama tahap keyakinan dari segi kesihatan dan keselamatan di Malaysia setelah PKP menunjukkan keutamaan penting dalam kalangan pelancong dalam “norma baharu” kehidupan pasca Covid 19.  Apa yang pasti kempen “Cuti-Cuti Malaysia” akan sentiasa ada di hati semua rakyat Malaysia. 

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *