Wed. Apr 24th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Tips Ambil Gambar Dalam Rumah Seperti Seorang Pro #jomtry

3 min read

Adalah menjadi satu cabaran untuk mencari momen kreatif fotografi semasa kita menghabiskan banyak masa di dalam rumah. Situasi sebegini berlaku sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia baru-baru ini. Malah sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini juga disambut secara sederhana dek kerana kita semua masih berada dalam fasa (PKP) lagi pada ketika itu. Ini memberikan saya banyak ruang dan masa untuk mencuba keistimewaan telefon pintar Samsung S20. Namun dengan sedikit kreativiti dan kelengkapan yang betul, saya dapat mengambil gambar yang menarik tanpa perlu keluar dari rumah!

Hanya dengan menggunakan siri Galaxy S20, saya boleh mengambil gambar-gambar dalaman yang instagrammable tanpa menggunakan apa-apa kelengkapan yang berat atau lensa tambahan. Kamera Galaxy S20 menggabungkan sistem perkakasan berteknologi tinggi dengan sistem perisian AI jadi anda tidak akan berkompromi dengan kualiti atau kesederhanaan. Ia nyata mengubah cara anda mengambil gambar, melebihi segala aspek pengalaman kamera anda! Saya ingin berkongsi beberapa tips untuk anda hasilkan gambar dalam rumah yang dengan lebih baik :-

Tip 1: Jangan takut untuk mengambil gambar waktu malam

Jika mengambil gambar dalam keadaan pencahayaan yang kurang, kita selalu kecewa dengan gambar yang terhasil kerana ia samaada akan kabur, berbutir atau langsung tidak sama dengan apa yang dilihat dengan mata kasar. Namun dengan kamera Galaxy S20 semua itu akan berubah terima kasih kepada sensor imejnya yang lebih besar. Ini bermaksud hanya menggunakan mod kamera biasa, gambar atau video yang diambil akan lebih jelas dan Nampak seakan asli, tidak kira apa jenis pencahayaan yang digunakan pada ketika itu. Saya sering menggunakan balkoni rumah saya untuk mengambil gambar-gambar pada waktu malam.

Tip 2: Hargai segala apa yang ada dalam rumah

Masa yang terluang membolehkan saya lebih menghargai rumah sendiri. Selama ini lebih banyak masa dihabiskan di luar rumah. Rupanya berada di rumah bersama keluarga adalah saat yang menggembirakan. Masa yang ada membolehkan saya melihat rumah saya dari sisi yang lain. Sel-sel otak yang bersambung mula berimaginasi untuk menggunakan makanan, gelas, ruang tamu atau anak sendiri sebagai subjek fotografi. Dengan resolusi 108MP untuk S20 Ultra dan 64MP untuk S20 dan S20+, gambar yang diambil sangat sempurna. Fungsi zoom juga sangat mengagumkan manakala fungsi wide angle menghasilkan gambar landskap yang menawan. 

Tip 3 : Jadi kreatif dengan tetapan kamera

Tetapan Mod Pro untuk Galaxy S20 memberikan saya lebih kawalan untuk menghasilkan gambar yang sempurna. Saya boleh mengubah beberapa tetapan seperti aperture, exposure time, ISO dan banyak lagi pada ciri Mod Pro. Semua tetapan ini memberikan kelainan pada setiap gambar yang dihasilkan. Mod Pro adalah rakan baik anda jika anda gemar mengambil gambar di kawasan yang kurang pencahayaan. Jadi anda boleh belajar bagaimana untuk menggunakan tetapan ISO atau shutter speed. 

Tip 4: Lihat lebih dekat dengan subjek yang anda mahukan

Siri Galaxy S20 dilengkapi dengan teknologi zoom yang inovatif. Fungsi Space Zoom mampu membantu anda melihat subjek dengan lebih dekat. Siri S20 dan S20+ mampu zoom sehingga 30x manakala S20 Ultra sehingga 100x zoom. Space Zoom bermaksud anda boleh zoom masuk subjek tanpa menjejaskan kualiti foto. Saya cuba merakamkan gambar bulan dan hasilnya boleh tahan!!

Untuk maklumat lanjut boleh layari  https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s20/.


About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *