Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

The Westin Desaru Penuhi Impian Percutian Anda

3 min read

Boleh dikatakan Desaru, Johor tidak begitu popular di kalangan masyarakat Malaysia terumatanya yang berada di luar Johor. Kali terakhir saya bercuti di Desaru rasanya pada tahun 2012. Baru-baru ini saya berpeluang bercuti di Desaru dan menginap di hotel terbaru di sana iaitu The Westin Desaru Coast Resort. Hotel ini terletak di dalam kawasan tarikan pelancongan terbaru di Desaru iaitu Desaru Coast.

Pemanduan dari Kuala Lumpur mengambil masa hampir empat jam untuk sampai ke hotel. Sebaik menjejakkan kaki di lobi, saya disapa oleh para pekerja di sini yang cukup peramah. Urusan daftar masuk juga amat cepat dan saya memilih untuk menginap di bilik Premier Seaview . Buat mereka yang memandu ke sini, pastikan kad Touch & Go ada mempunyai baki nilai kredit yang mencukupi kerana sistem parkir di hotel ini menggunakan sistem ‘cashless’. Dengan pemandangan Laut China Selatan terbentang di depan mata yang jelas kelihatan dari lobi utama hotel ini, ia nyata memberikan satu aura untuk beristirehat tanpa sebarang gangguan di sini. ZDR, syarikat perundingan rekabentuk yang telah memenangi banyak anugerah bertanggungjawab untuk mereka The Westin Desaru Coast Resort. Rekabentuk resort ini menggabungkan elemen dan inspirasi daripada lautan dengan penggunaan bahan dan corak yang mengbangkitkan semangat alam semulajadi.

Kunjungan saya ke resort itu baru-baru ini memang cukup memuaskan hati sehingga tidak terfikir untuk keluar ke mana-mana sepanjang 3 hari 2 malam menginap di situ. Mana tidaknya, pelbagai kelengkapan tersedia yang membolehkan anda bercuti serta berseronok di dalam kawasan penginapan sama! Paling penting selepas seharian penat melakukan pelbagai aktiviti, katil dikenali sebagai Signature Heavenly Bed dan Sleep Well Lavender Balm menanti anda di bilik – memang buat anda lena sehingga pagi!

Saya amat cerewet tentang makanan namun hidangan yang tersedia di sini ternyata menyelerakan. Sarapan pagi di Seasonal Taste menghidangkan pelbagai variasi makanan seperti nasi lemak, roti bakar arang, roti telur goyang, dim sum, buah-buahan, pilihan roti yang pelbagai dan banyak lagi. Paling best tentulah roti canai dan thosai yang dibuat ‘live’ di depan anda. Terdapat juga stesen yang mana cef akan masak hidangan anda secara segar mengikut cita rasa anda dan kaunter jus segar!

Jika inginkan makanan asli Itali, Prego menawarkan pilihan menu yang cukup banyak. Ketika makan malam, saya sempat mencuba beberapa menu istimewa Prego seperti gratinated Portobello mushroom, goatcheese, prego pizza, salt-crusted seabass dan spaghetti carbonara. Semua ini disediakan khas oleh Chef Massi. Jika bosan duduk di dalam bilik, Beach Bar adalah lokasi paling sesuai untuk lepak bersama teman bagi merasai angin laut serta pemandangan indah Laut China Selatan. Jika ingin berehat di pantai, anda boleh mengambil tikar dan tuala di kaunter yang berdekatan dengan Beach Bar. Penat bermain ombak, saya bersantai di Splash Pool Bar sambil menikmati pemandangan pantai Desaru.

Bagi yang tetap ingin menjaga kesihatan ketika bercuti, pusat kecergasan WestinWORKOUT Fitness Studio turut disediakan dengan kelengkapan senaman sepanjang menginap di resort itu. Malah tetamu boleh menyewa peralatan sukan Westin Gear Lending with New Balance dan boleh mencuba program RunWESTIN. Tidak cukup itu, The Westin Desaru juga menyediakan Westin Kids Club yang terbuka untuk kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun. Pelbagai aktiviti disediakan untuk kanak-kanak di sini untuk membolehkan ibu dan ayah berehat dengan tenang di hotel atau menghabiskan masa mendapatkan rawatan di Heavenly Spa by Westin.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *