Fri. May 3rd, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Terokai Sungai Melaka Bersama Tun Fatimah

2 min read

“Terokai segala keindahan, alami pengalaman percutian yang unik dan bersejarah di Hotel Tun Fatimah Riverside”

Terokai keindahan persisiran Sungai Melaka pada keselesaan anda sambil menyelami kisah cinta epik romantis antara Tun Fatimah dan Sultan Mahmud. Sama ada anda pencinta alam, peminat sejarah atau mahukan pengalaman unik serta istimewa untuk percutian anda, Tun Fatimah Riverside Hotel merupakan pilihan yang tepat untuk anda!

Uniknya hotel ini, ia berada di lingkungan persisiran Sungai Melaka di mana kedua-dua sisinya mengadap pemandangan panorama sungai dan terletak di tengah-tengah bandar lama Melaka. Hotel ini hanya berjalan kaki ke tempat-tempat menarik di Bandar Lama Melaka seperti Jonker Street, A’Famosa, Stadthuys, Masjid Kampung Keling, Masjid Kampung Hulu dan banyak lagi tempat bersejarah yang boleh anda terokai dalam keunikan Melaka sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Bagi yang menginginkan kelainan, terdapat Bazaar Hujung Minggu yang dikenali sebagai Bazaar Jeti Tun Fatimah pada setiap Jumaat hingga Ahad.

Sekiranya anda adalah seorang peminat makanan, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan yang terkenal,di Cendol Kampung Hulu @ Makan Avenue yang berdekatan. Nikmati Cendol Hulu Kampung yang viral dan banyak lagi di syurga makanan Bandar Melaka ini. Anda juga boleh berjalan menyelusuri persisiran Sungai Melaka di mana anda akan menemui lebih banyak tempat tarikan pelancong seperti bangunan Istana Lama Melaka, atau memilih untuk menaiki beca tradisional bagi bersiar-siar dalam bandar yang boleh didapati dengan mudah menerusi panggilan semasa dengan bantuan staf hotel.

Paling menarik, Tun Fatimah Riverside Hotel menawarkan pengalaman eksklusif penginapan di Hotel Bot, juga akses ke Jeti Persendirian Hotel (sewa bot disediakan) sesuai untuk percutian keluarga, berbulan madu mahupun pengembaraan solo tanpa kerumitan atau berada di tempat yang sesak dengan pengunjung awam yang lain. Juga terdapat bot-bot VIP bagi majlis-majlis istimewa seperti pesta ulang tahun di atas air atau pengalaman pelayaran makan malam.

Direka untuk keselesaan dan kemudahan para penginapnya, hotel ini dilengkapi dengan 166 bilik, ballroom, bilik mesyuarat, restoran dan tempat acara. Ia merupakan destinasi ideal untuk semua tujuan sama ada aktiviti masa lapang dan bersantai, perniagaan, hiburan atau acara-acara khas.

Buat tempahan anda hari ini dan hubungi kami untuk pertanyaan lanjut! Kedatangan anda disambut dengan gembira dan senyuman.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *