Thu. Apr 25th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

STARVENDORS MEGA RAYA FEST 2021

3 min read

Kuala Lumpur , World Trade Center (PWTC) – Starvendors Mega Raya Fest 2021 kini kembalimeneruskan tradisi acara tahunan dengan menghimpunkan 400 jenama fesyen, kecantikan dan kelengkapan rumah pada 7 hingga 9 Mei 2021.

Starvendors Mega Raya Fest adalah acara festival menjelang Hari Raya Aidilfitri yang berlansung setiap tahun. Ia juga merupakan sebuah acara membeli-belah yang menghimpunkan usahawan-usahawan dan selebriti tempatan dalam memasarkan perniagaan mereka. Pada tahun ini,ia merupakan kali yang kedua dianjurkan sejak tahun 2019 termasuk beberapa siri jelajah di negeri Johor dan Sabah.

Starvendors dikenali dan mempunyai jutaan pengikut dalam meraikan pelbagai aktiviti termasuk jualan, pameran, permainan dan cabutan vaganza untuk pengunjung. Misi utama Starvendors berskala besar untuk membantu perniagaan usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) dan juga usahawan-usahawan di kalangan selebriti.

Acara tahun lepas terpaksa dibatalkan kerana pandemik yang berlaku di seluruh dunia dan salah satu sebab mengapa Starvendors ingin meneruskan acara tahunan ini adalah untuk meningkatkan ekonomi negara dan membantu para usahawan bangkit dan mempromosi produk mereka.

Acara ini akan berlansung dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam selama 14 jam tanpa henti bertempat di Hall 4 Dewan Tun Razak, Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr.Ismail. Sebanyak 300 lebih booth di sediakan dan lebih 400 jenama tanah air majoritinya dimiliki usahawan bumiputera . Turut memeriahkan acara ini adalah 50 selebriti dan artis tanah air terkenal membawa jenama mereka sendiri.

Puan Saripah Raziah atau dikenali sebagai (Ifa Raziah) adalah selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Star Vendors Event Sdn Bhd. Terkenal sebagai selebriti tanah air yang berpengelaman selama 20 tahun, beliau telah membuktikan bahawa beliau mampu mengendalikan acara berskala besar setanding acara-acara yang ada di negara ini.

Puan Ifa Raziah komited demi mencapai lebih banyak kejayaan dan percaya dengan kebolehan dan kepakaran pasukannya bahawa mereka mampu menganjurkan festival yang sentiasa dikagumi di dalam mahupun luar negara.

Starvendors 2021 adalah kebangkitan untuk acara dijalankan di lokasi terhangat Kuala Lumpur World Trade Center dengan kerjasama jenama-jenama seperti Jubahsouq, Ekkidos, NealofarHijab, Alha Alfa Cosmetics, Secret Desire dan ramai lagi.

Antara selebriti yang turut menggegarkan Starvendors tahun ini ialah Dato AC Mizal, Datuk Seri Vida, Cik B, Rozita Che Wan, Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Erra Fazira, Liza Hanim, Zizi Kirana, Bob Yusof, Zoey Rahman, Shila Amin, Amelina , Putera Amaris, Kumpulan Rabbani, Nana Mahazan, Syamel dan Erni Zakri, Yonnyboii, Tuju & Noki K-clique, Zulin Aziz dan ramai lagi.

Starvendors 2021 menampilkan pengacara selebriti seperti Ahfad, Watie Elite, Ani Maiyuni, Acong Sweetchild dan pengacara ’on ground’ seperti Mamu Penang, Kelly Azman dan Sham pujangga.

Juga tidak dilupakan penyiar media rasmi Starvendors iaitu Astro bersama-sama radio ERA, SINAR dan MIX FM. Hotel rasmi Starvendors untuk tahun ini adalah Seri Pacific Hotel.

Starvendors juga akan mengadakan acara tahunan Year End Sale (YES FEST) pada akhir tahun ini diikuti beberapa acara di negeri-negeri lain pada tahun 2022. Selain itu, Starvendors akan mengadakan cabutan vaganza bertuah terkumpul dengan hadiah yang bernilai RM100,000.00 termasuk sebuah kereta, 3 buah motor dan hadiah eksklusif dalam peraduan Beli dan Havoc pada tahun ini. Pemenang akan diumumkan selepas cabutan terkumpul di Starvendors Mega Raya Fest dan Starvendors YES Fest tahun ini.

Bagi menganjurkan acara dengan norma baharu, pihak Starvendors akan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)dalam membendung penyebaran Covid-19. Segala langkah berjaga-jaga akan diambil seperti pemeriksaan suhu, aplikasi My sejahtera, sanitasi di setiap ruang legar dan penjarakkan sosial. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak di galakkan untuk di bawa dan had umur sehingga 60 tahun sahaja dibenarkan masuk.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *