Thu. Apr 25th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

START IN TIOMAN (SIT) 2019 “10th Edition”

3 min read

Sedar tak sedar, Start in Tioman (SIT) telah masuk tahun ke-10 penganjurannya. Jadi hampir 10 tahun jugalah saya telah berkecimpung dalam dunia selam skuba. Pertama kali saya mengenali Pulau Tioman melalui program Tioman Mega Dive. Bermula dari sini saya mula jatuh cinta dengan sukan selam skuba.

Start in Tioman merupakan satu program tahunan untuk mendapatkan lesen selam skuba dengan harga yang lebih murah daripada biasa. Malah para peserta program SIT akan mendapat lesen selam skuba yang diiktiraf PADI. Bukan mudah untuk anda diiktiraf oleh PADI kerana pada hari-hari biasa, pakej selam skuba yang diiktiraf oleh PADI dijual dengan harga yang lebih mahal. Program SIT ini merupakan anjuran Villagers Travel & Tours dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Pahang. Program ini juga mendapat sokongan Lembaga Pembangunan Tioman dan Tourism Pahang. Untuk tahun ini, SIT 2019 telah mendapat sokongan dan tajaan rakan-rakan strategik yang terdiri daripada pihak swasta seperti Scubatex, Requin, Jom Dive Adveanture Dive Centre, Coral Dive Recreation serta Ocean Soul Team. SIT 2019 ini juga turut dihadiri oleh dua rockers terkenal dari kumpulan WINGS, iaitu Black WINGS dan Eddy WINGS.

Pada tahun ini seramai 120 orang peserta yang berkampung selama empat hari tiga malam di Damai Tioman Resort yang terletak di Kampung Genting. Seramai 28 orang peserta yang mengikuti kursus asas selam skuba (open water dive course) dan dua orang yang mengikuti kursus advance open water (AOW). Pada tahun ini harga untuk kursus asas Open Water adalah RM1388 dan kursus AOW adalah RM1288. Manakala seramai 56 orang penyelam yang turut sama mengikuti SIT 2019 dan baki 69 orang pula bukan penyelam.

Aktiviti kerja-kerja amal  seperti pembersihan dasar Laut Pulau Tioman wajib dilakukan pada setiap tahun oleh para penyelam yang menyertai program ini. Oleh kerana SIT 2019 diadakan pada bulan Syawal tahun ini, tukun tiruan yang berkonsepkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri diturunkan oleh para peserta di tapak selaman yang diberi nama DAMAI HOUSE REEF. Tukun tiruan ini adalah sumbangan daripada Pejabat MOTAC Negeri Pahang denan kerjasama rakan strategik yang lain. Selain itu juga, aktiviti seperti hiking dan walking trail turut diperkenalkan semasa program SIT. Para peserta dibawa merasai sendiri pengalaman hiking ke Camelion Walking Trail yang bermula di Kampung Tekek.

SIT 2019 juga akan menganjurkan RUMAH TERBUKA sempena sambutan Aidilfitri 1440h. Majlis Rumah terbuka ini diadakan untuk merapatkan lagi hubungan di antara peserta dan masyarakat setempat terutama di Kampung Genting dan Pulau Tioman. Acara ini akan berlangsung pada 28 Jun 2019 bermula jam 730 malam di Damai Tioman Resort, Kampung Genting Pulau Tioman. Kemeriahan sambutan majlis ini dapat dilihat sejak awal lagi apabila para peserta bergotong-royong daripada petang hari pertama dengan mengayam ketupat bersama-sama. Acara diteruskan dengan aktiviti memasak rendang sebelum jamuan bermula pada sebelah malamnya.

TUKUN “KETUPAT DAN LEMANG“

Tukun tiruan yang direka ini menerapkan unsur-unsur hidangan wajib sambutan Hari Raya Aidilfitri. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan tukun tiruan ini terdiri daripada campuranbahan-bahan yang tidak akan mencemarkan alam laut. Bahan adunan bersama seperti  simen (klasium karbonate) dan pasir ( silika) serta Hydro Korrel adalah pemangkin kadar pertumbuhan batu karang di tukun sebagai asas pertumbuhan batu karang ketika berlakunya proses persenyawaan batu karang (coral sponing). Lubang-lubang yang dibentuk pada tukun tiruan akan bertindak memperlahankan arus laut yang melalui tukun tersebut. Dengan itu, peratus kekuatan arus sedikit sebanyak akan berkurangan dan tukun ini juga boleh bertindak sebagai ejen penghalang hakisan pantai sekiranya dipasang dalam jumlah yang banyak. Tukun ini juga bertindak sebagai rumah dan tempat perlindungan bagi ikan-ikan demersil daripada pemangsa.

Berikut adalah statistik bilangan peserta sepanjang 10 tahun penganjurannya :

Tahun Tema Penganjuran Jumlah Peserta
2010 Media Dive 20 orang
2011 1Malaysia Dive 238 orang
2012 Adopt A Coral 168 orang
2013 Voluntourism 193 orang
2014 Visit Malaysia Year 223 orang
2015 Diver Festival 248 orang
2016 Jom Baca 5 Minit Di Dasar Laut 283 orang
2017 Deko Kraf 148 orang
2018 Diver Memilih – Underwater Voting 156 orang
2019 10th Edition – Underwater Open House 168 orang

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *