Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

SkyGlass Lancar Kelab Keahlian Istimewa

1 min read

Skyglass Empire Sdn. Bhd. (skyGlass) yang menguruskan kemudahan dewan acara di Menara 6, Sky Park di sini melancarkan kelab keahlian istimewa khas untuk pelanggan mereka dengan bayaran yuran pengaktifan RM100 setahun.

Pengarahnya, Intan Hyriatee Zawai berkata, ia terbuka kepada semua pelanggan skyGlass dengan tawaran pelbagai manfaat termasuk diskaun 10 peratus daripada jumlah keseluruhan bil buat ahli yang ingin menyewa dewan tersebut.

“Ia turut meliputi penganjuran acara berskala kecil seperti majlis sambutan hari lahir atau jamuan makan keluarga.

“Ahli juga berpeluang mendapat rebat RM1,000 bagi setiap pakej perkahwinan yang dipilih selain jemputan makan malam untuk dua orang secara percuma pada ulang tahun kelahiran mereka,”

Beliau berkata, ahli boleh menikmati kelebihan yang ditawarkan serta-merta selepas pendaftaran dibuat.

Intan Hyriatee berkata, skyGlas yang berada di kedudukan strategik, menghadap Cyberjaya, Putrajaya dan bandar raya Kuala Lumpur telah menerima hampir 100 tempahan sehingga Jun tahun depan.

Dewan acara yang baru beroperasi sepenuhnya awal tahun ini menawarkan pemandangan bertabirkan dinding kaca di atas puncak bumbung bangunan 20 tingkat dengan sudut pemandangan panorama 180 darjah.

“SkyGlass menonjolkan identiti kemewahan mampu milik dan eksklusif dengan menyasarkan golongan pertengahan selain kelompok kelas atasan.

“Lokasinya dihubungkan dengan beberapa lebuh raya utama seperti Leburaya Maju (MEX) Kuala Lumpur ke Putrajaya dan Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) yang mudah diakses dari pelbagai arah,” katanya.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *