Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Selangor Beri Tumpuan Pelancongan Berasaskan Komuniti

2 min read

Menekankan kepenting Community Champion di Negeri Selangor bagi Pengalaman Bercuti yang Lebih Baik

SELANGOR : Bagi memartabatkan Pelancongan Budaya Berasaskan Komuniti di Selangor, Tourism Selangor sekali lagi mengadakan siri perkongsian silang, bersama negeri Terengganu yang menjadi negeri pertama bagi tahun ini. Dengan kerjasama Tourism Terengganu dan Persatuan Pemandu Pelancong Bandar dan Alam Semulajadi Terengganu (TCNGA), siri lawatan di Terengganu ini telah berlangsung selama 4 hari dari 9 Mei hingga 12 Mei 2023.

Lawatan itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah bin Mohamad, bersama tiga Pihak Berkuasa Tempatan; Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Daerah Sabak Bernam. Program tersebut telah mempamerkan beberapa siri Pelancongan Berasaskan Komuniti di Terengganu termasuk Kalang Warisan, Noor Arfa Batik, Perkampungan Konservasi Gajah Tasik Kenyir (KECV), Kampung Budaya Terengganu, Payang Water Taxi dan Pasar Payang, seperti yang disyorkan oleh Tourism Terengganu dan Persatuan Pemandu Pelancong Bandar dan Alam Semula Jadi Terengganu (TCNGA).

Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor dalam satu kenyataan berkata, Negeri Selangor telah terlibat secara aktif dalam pembangunan pelancongan berasaskan komuniti. Ini bagi memastikan pemain utama pelancongan dan masyarakat dapat memberikan sokongan yang diperlukan bagi meningkatkan industri pelancongan tempatan. Ini adalah satu lagi langkah yang diambil oleh Tourism Selangor dalam memainkan peranan penting dalam mewujudkan rangkaian dan hubungan antara pelbagai sektor pelancongan.

Ditubuhkan semenjak tahun 2018, Hos Komuniti Tempatan Selangor dibangunkan bagi mengangkat lebih ramai Community Champion yang mampu mengenal pasti, mempelopori dan menggerakkan pelancongan budaya berasaskan komuniti di Selangor, sambil menambah baik beberapa kawasan tumpuan pelancongan ikonik di Selangor seperti Pusat Warisan Kajang, Kuala Kubu Bharu, Pelancongan Agro di Sungai Panjang, Sabak Bernam dan Kelip-Kelip Kampung Kuantan di Kuala Selangor. Ini akan dipertingkatkan lagi dengan pelaksanaan Pelancongan Berasaskan Komuniti di samping memastikan produk pelancongan Selangor berdaya saing, inovatif dan mengikut trend dan permintaan semasa.

Hos Komuniti Tempatan Selangor akan dapat meningkatkan sektor pelancongan negeri dengan pelancongan berkonsepkan experiential yang lebih meluas untuk para pelancong. Usaha ini secara langsung akan menyumbang ke arah kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!”, dalam menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan terkemuka di samping meningkatkan kerjasama antara badan pelancongan negeri yang berminat.

:

https://drive.google.com/drive/folders/1XXbAdpvU-JrlJZknuXn1A8kDSER4-BJp?usp=sharing

.

 

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *