Fri. Apr 19th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Samsung Galaxy S21 Ultra Yang Epik

3 min read


Pejam celik pejam celik, hampir setahun telah berlalu, Samsung mengorak langkah lebih jauh dengan memperkenalkan tiga telefon pintar terbaru dengan Samsung Galaxy S21 Ultra 5G khusus untuk mereka yang menginginkan model premium yang epik dalam segala hal! Saya berpeluang untuk mencuba model flagship ini selama sebulan, terima kasih kepada Samsung Malaysia. 

Minimalist but better. Itulah yang dapat saya katakana sebaik membuka kotak Samsung Galaxy S21 Ultra 5G. Samsung telah memperkenalkan rekaan yang dinamakan sebagai Contour Cut Design membolehkan keempat-empat kamera disorokkan dengan lebih kemas. Jika dibandingkan dengan Samsung Galaxy S20, camera bump pada model ini kurang terasa menjadikan lebih selesa apabila berada di dalam poket seluar saya.  Rekaan pada bahagian hadapan sudah hampir kesemuanya ditutupi dengan skrin kecuali pada bahagian kamera hadapan cuma menutup ruangan kecil pada bahagian atas skrin. Penggunaan kemasan pusam, atau matte memberi sentuhan yang licin, tidak mudah kotor dan sedikit lebih cengkam.

Sebagai editor untuk sebuah majalah pelancongan dan lifestyle, ciri paling penting untuk sebuah telefon pintar adalah kemampuan kamera yang ditawarkan. Saya pernah mengulas mengenai Samsung Galaxy Note 20 sebelum ini yang mampu menghasilkan gambar-gambar berkualiti tinggi untuk kegunaan saya. Setelah sebulan menggunakan Samsung S21 Ultra, apa yang boleh saya katakan hasil gambar adalah cukup baik walaupun dalam keadaan cahaya yang suram. Tidak perlu menggunakan filter atau skill editing yang berlebihan untuk gambar-gambar yang diambil. Menerusi model ini, Samsung dilihat menggunakan sensor 108-megapixel dan yang ditawarkan pada kamera utama serta lensa  telephoto 

yang membolehkan pengguna mendapatkan digital zoom sehingga 100x. Fungsi 100x zoom juga bertambah baik berbanding model sebelum ini. 

Apa yang saya suka tentang Samsung dari dahulu adalah pengalaman kualiti skrinnya. Model ini hadir dengan saiz skrin 6.8-inci Dynamic AMOLED 2X, memberikan gambar dan warna yang hidup. Sokongan WQHD+ dan HDR10+ berserta kadar segar sehingga 120Hz antara yang membuatkan skrin ini sentiasa kelihatan terang serta lancar sepanjang penggunaan namun sokongan 120Hz hanya boleh digunakan pada resolusi WQHD+ tetapi terhad kepada S21 Ultra sahaja. Buat mereka yang mahukan lebih penjimatan bateri, Samsung turut menawarkan tetapan untuk mengubah kepada refresh rate 60Hz namun bagi saya ia tidak perlu kerana jangkamasa bateri untuk model ini boleh bertahan dengan cukup lama walaupun untuk penggunaan yang kerap seperti saya.

Samsung sekali lagi memilih untuk menawarkan model siri Samsung Galaxy S21 dengan penyertaan processor daripada Exynos iaitu Exynos 2100. Processor terbaru yang menggantikan Exynos 990 dibantu dengan 12/16GB RAM akhirnya telah berjaya membuatkan telefon pintar ini tidak mudah panas dan bateri cepat habis ketika menggunakannya. Sepanjang saya menggunakan fungsi kamera dalam jangka waktu yang panjang, tidak terasa lagi haba panas pada telefon seperti sebelum ini. Cubaan membuka beberapa aplikasi juga semakin pantas dan cemerlang. 

Jika sebelum ini terhad kepada Note20 Ultra, pada Galaxy S21 kedua-dua Ultra dan Plus menerima sokongan UWB. UWB atau Ultra-wideband, adalah satu teknologi seakan WiFi dan Bluetooth, tetapi untuk jarak dekat dan menggunakan gelombang radio pada kadar frekuensi yang tinggi. Melaluinya, pelbagai perkara boleh dicari, dijejak atau dikawal. Tidak lupa juga sokongan UWB yang membolehkan fungsi seperti QuickShare dan Nearby Share menjadi lebih pantas untuk perkongsian fail. Samsung Galaxy S21 Ultra juga menyokong penggunaan S Pen.Ketika membuka kotak sebaik menerima telefon pintar ini, saya agak kecewa kerana tidak lagi menyertakan palam pengecas atau charger pada model terbaru mereka ini. Malah fon telinga juga tidak disertakan. Seperti jenama pesaingnya, Samsung dilihat tidak menyediakan palam pengecas. Mujurlah saya mempunyai palam pengecas sokongan USB Type-C. 

Samsung Galaxy S21 Ultra hadir dengan dua spesifikasi iaitu 12/16GB RAM dan 256/512GB ruang storan di mana model 12GB RAM dan 256GB ruang storan hadir dengan harga RM5,299 manakala model 16GB RAM dan 512GB ruang storan RM5,899. Dengan harga yang ditawarkan, Samsung dilihat sedia untuk memberikan yang terbaik dalam segala aspek baik dari segi rekaan, spesifikasi, kualiti kamera dan beberapa lagi ciri lain agar wajar dengan harga premium yang ditawarkan. 

Tepuk dada tanya selera. Jika anda terasa harga yang ditawarkan S21 Ultra melebihi bajet anda, terdapat lagi dua model yang boleh dipilih iaitu Galaxy S21 dan S21+. Kedua-sua spesifikasi ini hampir sama, perkara yang dikorbankan mungkin anda tidak akan hiraukan pun dan boleh maafkan. Beza ketara antara dua ini adalah saiz, bateri, UWB dan panel belakang sahaja. Lain-lain sama.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *