Tue. Apr 30th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

SAMBUTAN PENUH MAGIS MEWARNAI SURIA KLCC DENGAN KEMUNCULAN ‘GINGERBREAD CHRISTMAS VILLAGE’

3 min read

Kuala Lumpur : Megah berdiri sebagai destinasi membeli-belah terkemuka,
Suria KLCC membawakan kemeriahan sambutan yang penuh dengan kemilau cahaya Hari Krismas
yang bertemakan ‘Gingerbread Christmas Village’. Berinspirasikan daripada tradisi membuat biskut
‘Gingerbread’ dan rumah ‘Gingerbread’ sepanjang perayaan Krismas, tema sambutan ini bakal
mewarnai Suria KLCC mulai dari 24 November 2023 sehingga 1 Januari 2024.
Para pengunjung dijemput untuk melangkah ke dunia magis ‘Gingerbread Christmas Village’ di
perkarangan Centre Court yang membawakan pelbagai binaan yang mempesonakan inspirasi dari
‘icing’ dan gula-gula yang berwarna-warni. Sebuah air terjun cokelat ‘Gingerbread’ ditampilkan untuk
menyerikan lagi suasana sambutan perayaan Krismas.
Dekorasi utama dilihat membawakan sebuah menara jam ‘Gingerbread Clock Tower’ interaktif
dimana ‘Gingerbread Man’ akan menari apabila musik perayaan Krismas dimainkan pada setiap jam.
Pengembaraan kampung Gingerbread diteruskan dengan ‘Gingerbread Toyshop’ yang dilengkapi
‘photobooth’ selain daripada pelbagai hadiah yang menarik buat para pengunjung untuk mencipta
kenangan yang indah.
Pengalaman tidak terhenti disitu apabila para pengunjung berpeluang untuk menyampaikan mesej
bermakna buat yang tersayang melalui pengeposan poskad. Poskad Krismas ini akan dilengkapi
dengan setem istimewa Suria KLCC yang boleh didapati melalui pembelian Pin Suria KLCC.
Sumbangan para pelanggan juga akan disalurkan kepada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan yang
memperjuangkan isu-isu kesihatan mental.

Selaras dengan sambutan Krismas kali ini, Suria KLCC juga telah menderma RM3,000 kepada
Yayasan ‘Dignity for Children’ yang dilihat sebagai salah satu inisiatif murni untuk tanggungjawab
sosial dan korporat.
Sepanjang sambutan perayaan kali ini, para pengunjung berpeluang untuk menyertai Kuiz
‘Gingerbread Man Personality’ bagi merungkai persona mereka selain menerima pin edisi terhad
‘Gingerbread Man’.
Sambutan di Suria KLCC disasarkan akan lebih meriah pada hujung minggu dan juga pada Hari
Krismas dengan kemunculan ‘Santa Claus’ dan ‘Ms. Claus’. Sementara itu, ‘Gingerbread Bakery &
Candy Shop’ juga menjemput para pengunjung untuk mendekorasi biskut Krismas yang menarik
untuk dibawa pulang.
Di Esplanade KLCC, para pengunjung sekali lagi akan dipukau dengan kehadiran Pokok Krismas
ikonik yang tertinggi di Malaysia yang dilengkapi dengan perhiasan yang bertemakan ‘Gingerbread’.
Untuk keriangan berganda, para pengunjung yang berbelanja RM 1,500 ke atas melalui 2 resit akan
menerima sekeping e-baucar Suria KLCC yang bernilai RM100.
“Di Suria KLCC, semangat perayaan bukan lah hanya dengan membeli-belah; tetapi ianya adalah
sambutan yang melambangkan kegembiraan serta semangat kekeluaragaan pada setiap saat.
Berdiri megah setinggi 100 kaki, Pokok Krimas ini melambangkan komitmen kami untuk memupuk
keceriaan di seluruh bandar Kuala Lumpur,” ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Suria
KLCC Sdn Bhd.

Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya
Tema “Gingerbread Christmas Village’ juga membuat penampilan buat sambutan hujung tahun di
Alamanda Putrajaya. Perkarangan ‘Centre Court’ ditransformasikan dengan hiasan dan dekorasi
perayaan yang memukau bermula dari 24 November 2023 sehingga 1 Januari 2024. Tidak kurang
dari itu, para pengunjung berpeluang untuk menonton persembahan dan juga menyertai aktiviti
hiburan yang dilihat bakal menggamit lagi kemeriahan sambutan cuti akhir tahun.
Dalam tempoh keberlangsungan perayaan ini, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk pengunjung
dewasa dan kanak-kanak pada hujung minggu dan Hari Krismas. Persembahan tarian,
persembahan silap mata, persembahan kawad pancaragam adalah antara pelbagai aktiviti menarik
selain daripada persembahan joget dan berbasikal oleh Santa. Sesi beramah mesra bersama Santa
Claus akan diadakan pada ambang malam Hari Krismas selain dari Hari Krismas tersebut. Bagi

menyerlahkan bakat pengunjung kanak-kanak yang terdiri daripada ahli VIKids, mereka berpeluang
untuk menyertai aktiviti istimewa dekorasi rumah ‘Gingerbread’ menggunakan ‘popsicle’.
Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan
menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30 melalui ‘Shoppers Rewards Programme’.
Sementara itu, pembeli yang mencatat rekod tinggi dengan jumlah pembelian RM1,500 dan ke atas
akan menerima baucar bernilai RM80.

Mesra Mall, Terengganu
Keindahan sambutan Krismas bakal dirasai dan dilihat di Pusat Beli-Belah Mesra, Kemaman,
Terenggan bermula dari 1 sehingga 31 Disember 2023. Dalam tempoh ini, para pembeli yang
berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih berpeluang menebus
‘Mesra Mall 2024 Planner’ yang terhad untuk 500 tebusan sahaja.
Berikutan sambutan cuti akhir tahun, Pusat Beli-Belah Mesra juga akan mengadakan Bengkel Sains
VIKids bermula dari 21 sehingga 25 Disember. Bengkel yang berkonsepkan makmal mini ini akan
menampilkan enam aktiviti interaktif. Peserta yang berjaya menyertai keseluruh aktiviti akan
menerima Kit Eksperimen Sains yang dilihat akan memberikan sentuhan pendidikan untuk
sambutan cuti akhir tahun mereka.
Untuk ahli VIKids dan juga ibu-bapa mereka, bengkel tanah liat ‘Gingerbread’ yang akan diadakan
pada 16 dan 17 Disember ini akan menghalusi sudut kreativiti mereka bersama. Pada Hari Krismas,
Santa Claus akan membuat penampilan istimewa dengan memberikan gula-gula secara percuma
untuk mengimarahkan semarak sambutan cuti akhir tahun di Pusat Beli-Belah Mesra.
Untuk info lanjut, laya

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *