August 18, 2022

Santai Travel Channel

Riang Ria Bersama Quinton Dapat Sambutan Hebat

2 min read

Program Online bersempena  Hari Raya, Riang Ria Bersama Quinton yang julung kali diadakan mendapat sambutan hebat apabila menerima lebih 6 ribu penonton dan lebih 1,396 komen di laman sosial.
Menurut Ketua Projek Riang Ria Bersama Quinton, Noor Fadzli Shah Noor Hashim, program tersebut diadakan pada hari raya ketiga dengan menampilkan persembahan live daripada kumpulan Colour of Voice, The Penganan Band dan Akustika Band.

“Saya terpanggil untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Quinton Group khususnya kepada Dato’ Dr Kenny Tan selaku Pengasas serta Dato’ Alvin Ooi selaku Ketua Pegawai Eksekutif yang telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Hari Raya baru-baru ini yang dinamakan ‘Riang Ria Bersama Quinton’,” kata Noor Fadzli.

Program yang diadakan selama lebih 2 jam secara Facebook LIVE itu turut menawarkan hadiah cabutan bertuah sebanyak RM2,000 dan lebih 23 pemenang bertuah telah terpilih pada malam tersebut.

“Saya secara peribadi dan juga mewakili warga Quinton yang beragama Islam dengan berbesar hati ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Quinton yang terlibat serta Jawatankuasa Pelaksana yang telah bertungkus-lumus menjayakan Riang Ria Bersama Quinton ini. Sesungguhnya, segala jasa dan bakti rakan-rakan dalam menjayakan program ini sangatlah bermakna dan akan dikenang sebagai satu sumbangan yang amat dihargai,” katanya lagi.

Program tersebut juga telah disiarkan di laman FB Santai Travel Channel dan turut menampilkan beberapa tetamu VIP seperti Dato’ Dr Kenny Tan, Quinton Group Founder;  Dato Alvin Ooi, CEO Quinton  Group; YM Raja Dato’ Mudzafer Shah Raja Mokhtar, Group Chairman Quinton Group, Dato’ Noorzaleha Baharudin, Setiausaha Kehormat Majlis Pelancongan Malaysia;  Datuk Azlie Halim, CEO Santai Travel dan Dr Sultan AMH Andrian Sulaiman, ST., MBA, Sultan Pandu Cakra Kusuma Sultan Aji Tujuh XVIII Sultan Paser Indonesia.

Facebooktwitteryoutubeinstagram
Facebooktwitterredditpinterestmail

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.