Tue. Apr 30th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Resort World Genting Perkenal Kempen ‘Chief Experience Officers’

3 min read

Kanak-kanak jarang terlibat dalam proses membuat keputusan untuk memilih destinasi percutian, sebaliknya selalu ditentukan oleh ibu atau ayah. Ini akan menyebabkan percutian yang dirancang tidak akan dapat dinikmati sepenuhnya oleh kanak-kanak. Menyedari akan potensi destinasi percutian ditentukan oleh kanak-kanak, Resorts World Genting memutuskan untuk memperkenalkan kempen Chief Experience Officers (CEO) baharu. Mereka percaya pendapat kanak-kanak kini memainkan peranan penting dalam menentukan destinasi percutian keluarga.  Lagipun, hanya kanak-kanak tahu apa yang mereka mahukan semasa percutian keluarga!

Kempen CEO ini menampilkan barisan kanak-kanak berpengaruh bertaraf bintang seperti Eva dari @MissPopSasa dan StrongBoy dari @BapaBros yang kedua-duanya berusia 4 tahun serta adik-beradik Ellen, 8 dan Ehsan, 5 daripada @norreen143. Peranan Chief Experience Officers ini adalah untuk mempromosi dan menonjolkan Resorts World Genting sebagai pusat peranginan bersepadu terulung di Malaysia serta destinasi mesra kanak-kanak, disahkan oleh si kecil, untuk si kecil.


Saya bersama keluarga saya telah dijemput untuk menikmati sendiri pengalaman percutian terulung CEO selama tiga hari dua malam. Dari lawatan ke pelbagai permainan dan keseronokan di Taman Tema Genting SkyWorlds dan menerokai trek semula jadi Resorts World Awana hinggalah berjumpa dengan Wira Genting’s Highland Heroes, kempen CEO baharu ini akan membawa pendekatan yang menyegarkan untuk mempamerkan lebih banyak tarikan di Resorts World Genting melalui kaca mata kanak-kanak.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran, salah seorang CEO, Eva, telah melancarkan profil LinkedIn sendiri untuk memberi gambaran tentang peranannya sebagai Chief Experience Officers dalam usaha untuk meyakinkan lebih ramai ibu bapa untuk makan, bermain, membeli-belah dan menjamu selera di Resorts World Genting.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan barisan cemerlang Chief Experience Officers baharu kami, di mana setiap seorang daripada mereka akan mengesahkan dan meluluskan rangkaian tarikan luar biasa mesra kanak-kanak yang merangkumi Penginapan, Bermain, Beli-belah dan Sajian dari hotel-hotel bertaraf dunia kami hingga ke Taman Tema Genting SkyWorlds, kedai jualan dan restoran kami yang telah memenangi pelbagai anugerah.”

“Mereka akan melalui sendiri pengalaman dan menilai tarikan-tarikan kami untuk memastikan ia sesuai untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur dan saiz. Antaranya ialah aktiviti mesra kanak-kanak terbaharu kami di Resorts World Awana yang menawarkan aktiviti keseronokan keluarga seperti Penuaian Madu Lebah Tanpa Sengat, Memanah, Bengkel Seni & Kraf, Kelas Memasak dan Trail Semula Jadi,” kata Spencer Lee, Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran, Genting Malaysia Berhad.

Tambahnya lagi, ” Chief Experience Officers kanak-kanak ini dipilih secara khusus berdasarkan kepakaran mereka dalam berseronok dan imaginasi unik untuk mengesahkan bahawa sentiasa ada sesuatu yang istimewa untuk setiap kanak-kanak,”

Selain itu, beberapa siri aktiviti disediakan – termasuk peraduan foto sosial untuk mendapatkan lebih ramai CEO yang baru muncul untuk menyertai C-suite semasa. Untuk menyertai, hanya:

  1. Ikuti Resorts World Genting di Instagram (@resortsworldgenting) atau TikTok (rwgenting).
  2. Muat naik imej anak anda di pejabat pop-up CEO di sekitar RWG dan lokasi terpilih. Sebagai alternatif, ibu bapa boleh memuat naik foto kreatif anak-anak mereka berpakaian pejabat.
  3. Tag dua kawan dan hashtag #RWGCEO #RWGCEOSearch.

Tiga pemenang bertuah akan menikmati pakej percutian di Resorts World Awana.

Bagi kanak-kanak yang melawat Resorts World Genting, mereka digalakkan untuk mengumpul dan mengambil bahagian dalam cabaran pasport CEO, di mana mereka boleh mengumpul seberapa banyak setem di lokasi berbeza dengan penebusan hadiah segera, termasuk hadiah utama sambutan hari lahir di Taman Tema Genting SkyWorlds. 

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *