Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Raikan Ulangtahun Ke-8 Klook dengan tawaran pelancongan yang menyeronokkan dan hadiah menarik

2 min read

Hari lahir Klook yang ke-8 kini sudah tiba! Bermula dari 29 September – 15 Oktober, pelancong boleh memenangi hadiah yang menarik dan berpeluang untuk mendapatkan tawaran pelancongan terbaik di Klook dengan menyertai aktiviti berikut –

Tawaran Meriah 8 Hari – Melancong dengan tanpa rasa gusar ke destinasi seperti Eropah, Malaysia, Indonesia, Australia, Singapura, Thailand, Korea Selatan, Indonesia, Australia! Klook akan membantu untuk memberikan yang terbaik kepada anda yang meliputi pelbagai pilihan aktiviti, hotel dan pengalaman menarik 

Klook Wheel of Joy- Para pengembara/pelancong bertuah boleh mencuba sendiri Klook Wheel of Joy untuk mendapatkan diskaun lanjut ke tempat-tempat tarikan, hotel, sewaan kereta, pusat kesihatan/kecergasan dan banyak lagi. Pengguna berhak mendapat satu putaran setiap hari dan diskaun pasti-menang sebanyak 8% untuk aktiviti terpilih.

Tawaran Kilat 8PM – Tepat bagi setiap jam 8:00 malam bermula dari 29 September – 06 Oktober, pelancong boleh melayari laman web atau aplikasi mudah alih Klook bagi mendapatkan tawaran ulang tahun Klook, termasuk BOGO dan potongan utama untuk merasai pengalaman terhebat yang merangkumi potongan hingga 80% bagi tarikan popular seperti Sunway Lost World of Tambun, Desaru Coast Adventure Waterpark, The Habitat Pulau Pulau Pinang, Dark Mansion Museum Pulau Pinang, pengalaman Spa Oasis di Sukhumvit 31 & SEA LIFE Bangkok Ocean World Ticket di Bangkok, Gardens by the Bay Singapore malah Eurail Global Pass! Pastikan anda menetapkan penggera anda ke jam 8 malam kerana tawaran kilat ini sangat terhad.

● Klook Coin Chase – Pelancong dengan pembelian terkumpul sebanyak RM400, RM800 dan RM1,200 berpeluang untuk membuka kunci kod promosi diskaun eksklusif!

  • Belanja RM400 bagi membuka kunci kod promo 5%;
  • Belanja RM800 bagi membuka kunci kod promo 10%;
  • Belanja RM1,200 bagi membuka kunci kod promo 15%

● Tawaran Pelancongan Eksklusif di Starlight Festival, Resorts World Genting –

Sebagai tambahan, Tawaran Perjalanan Eksklusif Klook kembali berkuat kuasa sepenuhnya tahun ini dengan edisi hari jadi istimewa! Mulai 29 September, pengembara boleh meraikannya bersama dengan Klook dan nikmati pelbagai tawaran ekslusif istimewa hujung minggu dengan hanya mengunjungi reruai Klook di Festival Starlight Resorts World Genting! Berlangsung setiap Khamis – Sabtu dari 29 September hingga 15 Oktober, anda boleh mengunjungi reruai kami dan dapatkan diskaun eksklusif sehingga 15% diskaun. Tawaran Kilat istimewa turut akan diadakan pada jam 8 malam setiap hari dengan diskaun sehingga 50% untuk semua taman tema (Tempatan & Antarabangsa) di Klook! Dan antara tumpuan utama di reruai kami ialah – pelawat boleh menyertai permainan ‘Play, Move, Stay’ kami dan berpeluang memenangi baucar tunai sehingga RM888!

Adakah anda bersedia untuk meraih semula keseronokan percutian bersama dengan Klook? Ayuh kita bersama-sama!

Raikan bersama Klook @ Starlight Festival, Resorts World Genting

· Tarikh: 29 Sep – 01 Okt, 06 Okt – 08 Okt, 13 Okt – 15 Okt 2022;

· Masa: 6 petang dan seterusnya semasa hari acara;

· Tempat: Central Park (masuk melalui SkyAvenue Gateway, berhampiran Medan Selera)

Muat turun aplikasi Klook untuk mendapatkan tawaran bagi menikmati perkara terbaik yang boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana sahaja. Anda juga boleh melayari laman web rasmi Klook – Klook.com dan terus berhubung bersama dengan komuniti Klook di facebook.com/KlookMY dan di Instagram @KlookMY bagi menelusuri dunia keseronokan anda, bila-bila masa, di mana sahaja.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *