Wed. Apr 24th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Promosi Pelancongan Melaka di LRT Wrapping

2 min read

Usaha memikat pelancong domestik semakin rancak apabila negara masih lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung pendemik Covid 19. Untuk tujuan itu Kerajaan Negeri Melaka mengambil inisiatif segera dalam mempromosikan produk pelancongan mereka secara lebih aktif lagi menerusi pengiklanan LRT Wrapping di Kuala Lumpur. Ia adalah sebagai usaha menarik sejumlah 5.6 juta kedatangan pelancong ke negeri Melaka pada tahun ini.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, usaha itu juga untuk mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan yang wajib dilawati, selaras dengan usaha kerajaan negeri merancakkan semula ekonomi selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat penularan wabak COVID-19.

“Sejak PKP dilaksana, ekonomi negara terutamanya sektor pelancongan turut terjejas dan memberikan impak kepada penggiat industri pelancongan negara.

“Bermula pada 10 Jun, kita boleh menarik nafas lega apabila Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah mengumumkan bahawa hampir kesemua sektor ekonomi telah dibenarkan beroperasi dan kerajaan telah membenarkan aktiviti rentas negeri yang secara tidak langsung dapat memulihkan semula aktiviti pelancongan di seluruh negara,” jelasnya.

Menurutnya lagi kerajaan negeri Melaka baru-baru ini telah melancarkan Kempen Dream Now Travel Later (DNTL) yang telah bermula sejak 1 Jun lepas  dan akan berakhir pada 31 Dis ini.

“Melalui kempen itu, kerajaan negeri telah memperkenalkan aplikasi Melaka eXcess yang merupakan sebuah platform dalam talian yang menjual pelbagai pakej pelancongan dan penginapan yang terdapat di negeri Melaka.

“Oleh itu, saya menyeru semua agar dapat memuat turun aplikasi Melaka eXcess ini di Google Play Store dan Apple Apps Store dan setiap pengguna akan menerima kredit sebanyak RM10 sebagai ganjaran menggunakan aplikasi itu,” katanya.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *