Thu. Apr 25th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

PLATFORM ERATKAN HUBUNGAN MEDIA, PROMOSI PRODUK PELANCONGAN

2 min read

seg_soft

PUTRAJAYA, 22 November – Seramai 88 pengamal media termasuk 11 penyertaan
antarabangsa dari Indonesia, Thailand dan Brunei, berentap dalam penganjuran
Tourism Malaysia Media Explore Race (TOMER) 2022 yang julung-julung kalinya
diadakan bersempena sambutan Jubli Emas Tourism Malaysia, bermula hari ini.
Berlangsung selama 3 hari 2 malam, penganjuran TOMER 2022 diadakan dengan kerjasama Perodua sebagai penaja utama selain Montanic Adventure Store,
BoraOmbak Marina Putrajaya, Selangor Fruit Valley, STEG Hotel Kuala Lumpur, Bagas Zakariah, Wonda Coffee dan Pepsi. Penganjuran program ini turut mendapat
kerjasama Tourism Perak dan VisitKL.
Pelepasan para peserta disempurnakan oleh Datuk Mohd Zamri Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Marina Putrajaya dan turut dihadiri oleh Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab, Ketua Pengarah
Tourism Malaysia. Dalam cabaran kali ini, para peserta akan menempuh misi kembara
dan eksplorasi harta karun sejauh lebih 300 kilometer secara berkumpulan dengan
menaiki kereta tajaan Perodua.
Di sepanjang perjalanan, para peserta akan berhenti di beberapa checkpoint termasuk
di Selangor Fruit Valley, peninggalan kapal korek Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5
(TT5), Kellie’s Castle di Batu Gajah dan Bagas Zakariah di Gopeng dengan pengisian aktiviti seperti menyaksikan demonstrasi penyediaan cempedak ice blended oleh Dato’ Chef Ismail Ahmad, Duta Pelancongan, Seni dan Budaya bagi pasaran gastronomi.
Selain itu, para peserta juga akan merasai pengalaman bermalam secara berkhemah
di Riverside Camp Gopeng, menikmati makan malam barbeku sambil menyaksikan persembahan budak api dan kumpulan muzik tempatan serta disusuli oleh acara kemuncak iaitu aktiviti whitewater rafting di Sungai Kampar.
Misi kembara ini bakal berakhir di Pusat Penerangan Pelancongan (MaTiC) Kuala
Lumpur esok dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang berlangsung di Majlis Apresiasi Media yang akan diadakan di Magica Hall, Quill City Mall.
Dato’ Zainuddin berkata, penganjuran TOMER 2022 bukan sahaja bertujuan
menjalinkan hubungan erat bersama media tempatan dan antarabangsa melibatkan
media arus perdana dan media baharu, malah mempromosikan produk-produk
pelancongan di sekitar Putrajaya, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur.
“Tourism Malaysia telah menjalankan pelbagai aktiviti promosi dan pemasaran untuk meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada peningkatan ekonomi negara selari dengan fokus menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah destinasi pelancongan pilihan di rantau ini.
“Menerusi penganjuran TOMER 2022, publisiti untuk produk-produk pelancongan
domestik juga dapat ditingkatkan merangkumi segmen gastronomi dan alam semula jadi selain memperkukuh kerjasama awam-swasta,” katanya.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *