Sun. Apr 21st, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

PKPB : Pelancongan Dalam Negeri Dibenarkan?

1 min read

Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) membayangkan akan mendapatkan kebenaran daripada Kerajaan untuk membenarkan pergerakan antara negeri untuk tujuan pelancongan. 

Dato’ Seri Hajah Nancy Shukri dalam sidang media khas mengenai Belanjawan 2021 menyatakan harapannya agar sektor pelancongan akan dapat dipulihkan dengan segera.

“Sekiranya pergerakan antara negeri dapat dibenarkan sektor pelancogan dalam negeri dapat dihidupkan semula. Larangan rentas sempadan ini telah menjejaskan pelancongan domestik. Menyedari situasi ini, MOTAC akan bersuara membela nasib rakyat khususnya penggiat industri pelancongan,” katanya.

Pihak MOTAC telah menyampaikan cadangan tersebut kepada Perdana Menteri dan mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara untuk mengenalpasti SOP dan susun atur bagi membolehkan aktiviti pelancongan rentas negeri dibenarkan semula.

Selain itu menurutnya lagi sebanyak RM200 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021 telah disediakan bagi membantu menyemarakkan lagi sektor pelancongan negara. Peruntukan itu meibatkan pemberian diskaun destinasi pelancongan, baucar penginapan, penyemarakkan seni budaya,kempen meet in Malaysia serta potongan diskaun pengangkutan, pakej percutian keluarga, meembeli-belah serta pakej frontliners.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *