Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

PETROSAINS SDN BHD TANDATANGANI MOU BERSAMA LOTTE WORLD

3 min read


1 : The Memorandum of Understanding (MOU) was signed by Puan Fedora Zulkifli, Chief Executive Officer of Petrosains Sdn Bhd (left) and Mr. Dong Ki Park, President and Chief Executive Officer of Lotte World (right). The signing was witnessed by YBhg. Datuk Hashim Wahir, Group Chief Executive Officer of KLCC Holdings Sdn Bhd (centre).

Petrosains Sdn Bhd mengumumkan perkongsian strategiknya dengan Lotte World menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) pada hari ini. MOU ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains Sdn Bhd, Fedora Zulkifli dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lotte World, Dong Ki Park pada majlis yang berlangsung di Malaysian Petroleum Club (MPC) di Menara Berkembar PETRONAS. Majlis menandatangani perjanjian
itu juga disaksikan oleh Yang Berbahagia Datuk Hashim Wahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC Holdings Sdn Bhd. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Zahariah (Liza) Abdul Rahman, Pengerusi Petrosains dan Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, wakil dari PETRONAS, Petrosains serta Lotte World.

2 : The MOU signing ceremony was attended by YBhg. Datuk Hashim Wahir, Group Chief Executive of KLCC Holdings Sdn Bhd (second from left), Puan Zahariah (Liza) Abdul Rahman, Chairman of the Petrosains Board and Senior General Manager of PETRONAS Group Strategic Communications (centre), Puan Fedora Zulkifli, Chief Executive Officer of Petrosains Sdn Bhd, Mr. Dong Ki Park, President and Chief Executive Officer of Lotte World (third from right) as well as other delegates from Lotte World.

Petrosains Sdn Bhd mengendalikan operasi lawatan Petrosains, The Discovery Centre dan lawatan Menara Berkembar PETRONAS. Di bawah perkongsian strategik ini, Petrosains Sdn Bhd dan Lotte World telah bersetuju untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran yang berkaitan dengan pemasaran, perkhidmatan pelanggan dan pengurusan runcit antara Menara Berkembar PETRONAS dan Lotte World. Di samping itu, mereka juga bersetuju untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran aktiviti pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) antara Petrosains, The Discovery Centre dan Lotte World.

3 : Puan Fedora Zulkifli and YBhg. Datuk Hashim giving Mr. Park a tour of the PETRONAS Twin Towers
Skybridge.
4 : Mr. Park and other Lotte World delegates later visited Petrosains, The Discovery Centre, accompanied by
Puan Fedora and Puan Arni Laily Anwaruddin, Petrosains Board Member (right)

Selepas majlis menandatangani MOU tersebut, Dong Ki Park dan delegasi Lotte World telah dibawa untuk melawat ke Skybridge Twin Tower di aras 41 dan dek pemerhati di aras 86. Para tetamu kemudiannya dibawa melawat Petrosains, The Discovery Centre di aras 4, Suria KLCC.

5 : Mr. Park enjoying the Formula One stimulator at the ‘Speed’ Gallery at Petrosains, The Discovery Centre

Fedora Zulkifli, Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains Sdn Bhd, didalam ucapannya berkata, “Petrosains Sdn Bhd berbangga untuk bekerjasama dengan salah satu organisasi terbesar Korea Selatan, Lotte World. Melalui Petrosains, The Discovery Centre dan Lawatan Menara Berkembar PETRONAS, kami telah memberi kesan kepada kehidupan berjuta-juta rakyat Malaysia dan pelancong dalam cara yang positif dan berterusan, dan kami teruja untuk berkongsi pengalaman dan platform kami dengan organisasi yang berinovatif seperti Lotte World. Kami juga berharap untuk belajar dari kepakaran Lotte World yang luas dalam menguruskan bangunan tertinggi ke- di dunia, Lotte World Tower serta tarikan-tarikan lain. Tarikan mereka yang pelbagai dan perkhidmatan pelanggan bertaraf dunia adalah sesuatu yang kita bercita-cita untuk mempelajarinya. “

Menurut Dong Ki Park, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Lotte World dalam ucapannya pada majlis itu, “Saya amat berbesar hati untuk menandatangani MOU dengan Petrosains Sdn Bhd yang mengendalikan Menara Kembar PETRONAS, bangunan kembar tertinggi di dunia dan mercu tanda yang terkenal di Malaysia. Melalui MOU ini, kami berharap Lotte World dan Petrosains dapat menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan di kedua-dua negara. Kami percaya bahawa pengalaman dan kepakaran Petrosains Sdn Bhd dalam mengurus lawatan awam Menara Berkembar PETRONAS serta aktiviti pendidikan STEM yang dikendalikan oleh Petrosains akan memberi nilai yang sangat besar kepada Seoul Sky untuk membangunkan program pendidikan dan operasi lawatannya.”

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *