Fri. May 14th, 2021

Santai Travel Channel

PELANCONGAN GOLF BANTU JANA SEMULA SEKTOR PELANCONGAN NEGARA SEMASA PANDEMIK COVID 19

1 min read



KUALA LUMPUR : Sejak pendemik COVID-19 melanda negara pada awal tahun lalu, Industri pelancongan adalah antara sektor yang paling teruk terjejas. Ramai pengusaha industri pelancongan yang terpaksa gulung tikar akibat tiada sumber pendapatan. Inisiatif kreatif perlu dilaksanakan segera bagi memastikan sektor pelancongan terus menyumbang kepada ekonomi negara khususnya sektor pelancongan. Justeru bagi mempelbagaikan sumber pendapatan kepada ekonomi negara menerusi sektor pelancongan, Majlis Pelancongan Malaysia merangka strategi baru bagi mempromosikan program Pelancongan Golf ataupun Golf Tourism.
Menurut Uzaidi Udanis , Presiden Majlis Pelancongan Malaysia , Pelancongan Golf adalah segmen yang berpotensi untuk membantu industri pelancongan negara semasa pandemik Covid-19.
“ Saya percaya segmen sukan seperti golf ini mampu menyumbang kepada sektor pelancongan negara dan Ia juga penting untuk menarik pelancongan antarabangsa apabila sempadan antarabangsa negara di buka.” kata Uzaidi Udanis.Justeru Majlis Pelancongan Malaysia menyeru lebih ramai pengusaha-pengusaha agensi pelancongan untuk memasarkan pakej-pakej pelancongan golf untuk memastikan permintaan dalam kalangan penggemar sukan golf ini akan dapat di pasarkan secara efektif.
Bagi menyemarakkan lagi program pelancongan golf ini, Majlis Pelancongan Malaysia akan menganjurkan Malaysia Tourism Friendly Golf Challenge di Kota Seriemas Golf & Country Club pada 10 April 2021.

Malaysia Tourism Friendly Golf Challenge telah mendapat sambutan yang cukup baik dan telah penuh penyertaannya selepas beberapa hari ia dibuka

Facebooktwitterredditpinterestmail
Facebooktwitteryoutubeinstagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.