Inilah Galaxy A Terkini yang Mengagumkan dari Samsung
2 min read
Bertukarlah untuk pengalaman yang lebih baik dan banyak lagi – ciri-ciri terkini Galaxy A21s dan Galaxy A11 baharu membawakan inovasi mudah alih yang menjadi satu kemestian buat Samsung dengan harga yang pastinya akan menarik minat anda.
Paparan Lebih Besar untuk Keseronokan yang Lebih
Galaxy A21s kini tampil dengan paparan yang lebih besar iaitu paparan 6.5” HD+ Infinity-O, manakala Galaxy A11 pula didatangkan dengan paparan 6.4” HD+ Infinity-O. Dengan skrinnya yang lebih besar dari sisi ke sisi, anda akan dapat menikmati paparan warna-warna mengagumkan yang akan menjadikan pengalaman penggunaan telefon yang rutin begitu hebat sekali! Sekiranya anda gemar menggunakan telefon untuk menonton filem, serta menggemari vlogging atau gaming, inilah telefon pintar untuk anda.
Jadikan Cerita Anda Lebih Menarik dengan Foto dan Video
Kita semua ada kisah tersendiri untuk diceritakan. Dengan Galaxy A21s dan Galaxy A11, anda ada segala yang diperlukan untuk menyampaikan cerita anda dengan cara yang paling menarik, tidak kiralah sebesar atau sekecil mana pun isi cerita tersebut. Galaxy A21s didatangkan dengan kamera belakang quad pelbagai guna dengan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar MP, kamera sudut kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP. Galaxy A11 pula dilengkapi sediaan ‘triple-camera’ dengan kamera utama 13MP, lensa ultra lebar 5MP, dan kamera sudut kedalaman 2MP.
Kini, anda boleh menjadikan cerita anda lebih menarik bila berkongsi detik-detik indah dengan keluarga dan rakan-rakan.
Prestasi yang A-OK
Kapasiti bateri yang tinggi, iaitu 5,000mAh bagi Galaxy A21s dan 4,000mAh bagi Galaxy A11, membolehkan anda berkongsi, strim dan bermain sepanjang hari[1]. Dengan keupayaan pengecasan pantas 15W bagi kedua-dua peranti ini, anda boleh kembali beraksi dengan lebih cepat untuk memaksimakan hari anda walaupun selepas kehabisan bateri.
[1] Hayat bateri sebenar adalah bergantung kepada persekitaran rangkaian,corak penggunaan dan faktor lain.
Tawaran dan Ganjaran yang Awesome
Dengan pembelian Galaxy A21s dan Galaxy A11 dari hari ini hingga 30 Jun 2020 di Samsung Experience Store, pengedar rasmi atau kedai-kedai dalam talian yang mengambil bahagian, anda boleh mendapatkan ganjaran eksklusif seperti berikut:

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Semua penebusan bagi Protection Plus yang diberi secara percuma semasa kempen pelancaran mestilah ditebus sebelum 7 Julai 2020 menerusi Samsung Redemption Portal: https://bit.ly/3gad822
* Tertakluk kepada terma dan syarat. Promosi rebat bagi pengguna Galaxy A21s hanya terdapat di cawangan-cawangan terpilih yang mengambil bahagian sahaja. Sila layari laman ini untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat: https://bit.ly/2ACqHql
Spesifikasi Produk Galaxy A21s dan Galaxy A11

Untuk maklumat lanjut mengenai Tawaran dan Ganjaran yang Mengagumkan, sila layari: https://bit.ly/2ACqHql
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Galaxy A21s: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a21s-a217/
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Galaxy A11: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a11-a115/