Mon. Apr 29th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

NIVEA EXTRA BRIGHT C&HYA UNTUK KULIT LEBIH BERSERI DAN ANJAL DALAM HANYA 3 HARI!

5 min read

Kuala Lumpur : NIVEA, jenama penjagaan kulit No.1 di dunia melancarkan innovasi terbaru iaitu rangkaian penjagaan kulit NIVEA Extra Bright C&HYA dengan gabungan kebaikan sains dan bahan semulajadi. Diperkaya dengan 500X konsentrasi Vitamin C yang diekstrak dengan teknik sejuk dan 3X saiz molekul Hyaluron, rangkaian penjagaan kulit NIVEA Extra Bright C&HYA mampu menjadikan kulit lebih berseri, anjal dan sihat dalam masa 3 hari sahaja.

Acara yang dianjurkan oleh NIVEA adalah bersempena dengan ‘concourse roadshow’ yang sedang berlangsung di pusat membeli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur juga menampilkan Dr Shazril yang berkongsi pandangannya tentang bahan-bahan dan teknologi innovatif dalam rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA. Acara diteruskan dengan segmen “Show & Tell” dan testimoni dari pengguna sebenar dikalangan selebriti seperti Chacha Maembong, Liya Maisarah dan ramai lagi. Para jemputan juga dihiburkan dengan persembahan oleh Izzue Islam dan Shiha Zikir.

Berucap di acara tersebut, Encik Ng Hock Guan, Pengurusi Serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura berkata “Apa yang membezakan rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA daripada penjagaan kulit bervitamin yang lain adalah teknologi kami dalam mengekstrak Vitaman C, iaitu dengan teknik sejuk (cold extraction technology), yang tidak menggunakan haba untuk mengekalkan semua kebaikan vitamin dan nutrien untuk kulit anda, dan memastikan keberkesanan yang optimum dicapai. Rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA adalah bukti kekuasaan sains dan bahan semulajadi. Selama lebih daripada100 tahun, NIVEA terus komited dalam menyediakan penjagaan kulit terbaik dengan rangkaian produk yang dirumus khas. Setiap produk dari NIVEA bertujuan membuat pengguna berasa yakin dengan kulit mereka, dan rangkaian penjagaan kulit NIVEA Extra Bright C&HYA tidak terkecualikan.”

Dalam sesi pengkongsian pakar, Dr Shazril menegaskan kebaikan bahan paling utama iaitu Vitamin C sebagai salah satu bahan penjagaan kulit yang paling berkesan dan selamat terhadap kulit kusam dan tona tidak sekata. “Produk penjagaan kulit Vitamin C adalah berbeza kerana ia amat sensitif dan mudah teroksidasi terutamanya apabila terdedah kepada haba. Aspek unik NIVEA Extra Bright C&HYA adalah dalam teknologi pengestrakan Vitamin C, dimana teknik sejuk (cold extraction technology) digunakan, yang mampu mengekalkan kebaikan vitamin dan nutrien sambil memastikan keberkesanan anti-oksidanya adalah pada tahap maksima. Ujian iodin menunjukkan Vitamin C yang diekstrak dengan teknik sejuk mempunyai keberkesanan yang lebih tinggi, mengesahkan statusnya sebagai penyelesaian yang luar biasa untuk kulit yang lebih berseri, anjal dan sihat.”

Vitamin C yang diekstrak dengan teknik sejuk digabungkan dengan 3X Saiz Molekul Hyaluron (HA) mampu menembusi secara mendalam dan mengaktifkan pengeluaran Hyaluron dalam setiap lapisan kulit, memberikan kelembapan berpanjangan sambil menjadikan kulit terhidrat, lembut dan anjal selepas digunakan. Rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA adalah lambang kebaikan penjagaan kulit yang dipenuhi dengan bahan-bahan semula jadi yang sihat untuk menghasilkan kesan yang optimum untuk kulit yang lebih berseri, terhidrat dan sihat, dan ia adalah sangat sesuai untuk semua yang mementingkan kecantikan dan kesihatan kulit wajah.

Rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA baharu terdiri daripada 6 produk untuk melengkapkan rejimen penjagaan kulit anda. Ia adalah Micellar Water, Cleanser (pembersih muka), Essence Water, Serum, Day Cream (krim siang) dan Night Gel (gel malam).

Produk

Penerangan

Harga Pasaran (RM)

Micellar Water

Formula yang lembut namun berkesan serta diperkaya dengan Vitamin C yang diperoleh daripada esen oren yang diekstrak dengan teknik sejuk dan Hyaluron, yang membersihkan kotoran pada kulit dan menghidrat untuk kulit lembut dan licin selepas digunakan. Liang pori juga dikecilkan untuk kulit kelihatan cerah & anjal.

400ml – RM45.00 125ml – RM22.90

Vitamin Cleanser

▪ Pembersih muka bertekstur buih halus yang diperkaya dengan Vitamin C yang diperoleh daripada esen oren yang diekstrak dengan teknik sejuk dan dengan 3X Hyaluron

▪ Membersihkan kotoran & kekotoran jauh ke dalam liang pori dengan kesan tiga kali ganda untuk kulit yang BEBAS TOKSIN, CERAH & TERHIDRAT

▪ Liang pori mengecil dan kulit kelihatan lebih lembut dan licin.

▪ Lembut untuk kulit, bukan komedogenik,

dengan 0% paraben & silikon

▪ Sesuai untuk semua jenis kulit

RM28.90

Vitamin Essence

▪ Esen bertekstur air yang sangat ringan dan diperkayakan dengan 100X Vitamin C

▪ Diperolehi daripada esen oren yang diekstrak dengan teknik sejuk dan 3X Hyaluron yang menyerap dengan cepat ke dalam kulit anda tanpa meninggalkan rasa melekit; untuk kulit yang berseri, dengan tona sekata dan anjal selepas digunakan.

RM44.50

Vitamin Serum

▪ Serum yang cepat diserap yang diperkaya dengan 500X Vitamin C yang diperoleh daripada esen oren yang diekstrak dengan teknik sejuk dan 3X Hyaluron yang menembusi lapisan kulit secara mendalam untuk menyelesaikan masalah kulit kusam & kering untuk kulit yang lebih cerah & anjal dalam masa 3 hari sahaja

▪ Ia mempunyai formula bukan komedogenik dan pekat dengan 0% paraben & silikon.

▪ Sesuai untuk semua jenis kulit

RM85.00

Day Cream

▪ Formula krim serum siang yang ringan dan diperkaya dengan SPF30 UVA/UVB yang berkesan untuk melindungi kulit daripada garis-garis halus dan tona kulit tidak sekata yang disebabkan oleh matahari dan cahaya biru.

RM59.90

Night Gel

▪ Gel malam yang ringan dan diperkaya dengan Vitamin C yang diperoleh daripada esen oren yang diekstrak dengan teknik sejuk & 3X Hyaluron yang menghidrat secara mendalam untuk kelembapan berpanjangan & memulihkan keserian wajah semalaman, menjadikan kulit lebih cerah & anjal selepas digunakan.

▪ Kulit juga dilindungi semalaman daripada kedutan dan garis halus pramatang.

RM62.90

Saksikan keberkesanan NIVEA Extra Bright C&HYA yang menjanjikan hasil untuk kulit yang lebih berseri dan anjal dalam masa 3 hari!

Rangkaian NIVEA Extra Bright C&Hya boleh didapati di semua kedai Watsons, farmasi dan kedai atas talian di NIVEA Official. Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk NIVEA dan kemas kini terkini, sila ikuti www.facebook.com/mynivea atau layari https://www.nivea.com.my/.

About NIVEA

NIVEA was launched in 1911 as an affordable, high-quality cosmetic skin cream, employing an emulsifier to bind water and oil. Its snowy white colour inspired its name, derived from the Latin word nix and nivis (snow and of snow) and its legacy of over 100 years continues to grow from strength to strength.

NIVEA understands skin like no one else. That’s why we create products that cleanse, nourish and protect your skin, while giving it exactly what it needs – gentle yet effective care that keeps your skin smooth, supple and radiantly beautiful. No matter who you are, what you do, or where you live, we’re here to help you enjoy better skincare for life.

#niveaskincare

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *