Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

MYBHA HARAP SEMUA PIHAK PATUHI SOP UNTUIK PULIHKAN INDUSTRI PERHOTELAN

2 min read

Susulan musim perayaan Tahun Baru Cina dan musim cuti pada minggu depan, kami ingin menyeru supaya Pengusaha-Pengusaha Industri Perhotelan dan Pelancongan serta Pelanggan Hotel untuk tidak alpa dengan penularan Wabak Covid-19 yang masih belum berakhir.

Pihak kami ingin menasihatkan kepada semua ahli-ahli Persatuan Hotel Budget & Bisnes Malaysia (MyBHA) dan mereka yang menggunakan Perkhidmatan Hotel untuk sama-sama mengikut peraturan-peraturan yang telah dikeluarkan oleh Pihak Kerajaan Malaysia serta agensi -agensi berkaitan dalam usaha membendung penularan Wabak Covid-19 tersebut.

Kegagalan mana-mana pihak untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) tersebut akan membolehkan mana-mana pihak didenda oleh pihak yang telah diberi kuasa sehingga boleh menjejaskan operasi perniagaan serta ekonomi masing-masing.

Pelanggan kemungkinan berhadapan dengan keadaan persekitaran Hotel yang tidak memuaskan, kekurangan pekerja serta peraturan-peraturan yang ketat kesan daripada penularan Wabak-Covid-19, Oleh itu kami berharap supaya semua pihak sentiasa faham akan keadaan Industri Perhotelan tersebut dengan lebih rasional dan sama-sama membantu memulihkan Industri perhotelan tersebut.

Dalam usaha yang berterusan untuk memulihkan Industri Perhotelan, Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MYBHA) telah bekerjasama dengan Traveloka bagi memudahkan pelanggan-pelanggan Hotel khususnya Hotel milik ahli-ahli persatuan untuk membuat tempahan secara atas talian disamping mendapat pelbagai promosi-promosi sampingan.

Sebagai sebahagian daripada komitmen Traveloka untuk menyokong pertumbuhan ekosistem pelancongan domestik, kami cuba memastikan bahawa sokongan yang diberikan

oleh Traveloka kepada rakan industri akan kekal dan terus membuat inovasi yang boleh mencipta inisiatif lain dan program pemulihan Industri yang bermanfaat untuk rakan Industri serta pelanggan mereka. Kami akan terus mengukuhkan kerjasama kami dengan rakan-rakan Industri, terutamanya MYBHA dalam usaha untuk membantu memulihakan Industri Perhotelan dan Pelancongan. Angelica Chan, Pengurus Pasaran Negara, Traveloka Malaysia.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *