Fri. Apr 19th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

MOTAC & Penggiat Pelancongan Jalin Kerjasama Bangunkan Industri Pelancongan

3 min read

21 Jun 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengadakan Sesi Dialog Pelancongan MOTAC 2022, dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di Hotel Parkroyal Collection, Kuala Lumpur.

Kedua-dua majlis ini telah dihadiri lebih 250 orang peserta melibatkan penyertaan daripada penggiat industri pelancongan seperti Malaysia Association of Tour and Travel Agents (MATTA), Malaysia Association of Hotel (MAH), Malaysia Budget Hotel & Business Association (MyBHA), Malaysia Association of Convention and Exhibition Organisers and Suppliers (MACEOS), Malaysia Association of Wellness and Spa (MAWSPA), Malaysia Association of Amusement Theme Park & Family Attractions (MATFA), Malaysia Tourism Council (MTC) dan beberapa lagi persatuan. Turut serta dalam majlis ini termasuklah kementerian- kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan seperti Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Sumber Manusia (MOHR), Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU), Malaysia Health Tourism Council (MHTC), Sarawak Tourism Board, Sabah Tourism Board, Tourism Selangor.

Sesi Dialog Pelancongan MOTAC 2022 yang pertama kali diadakan ini merupakan salah satu mekanisme ke arah menjayakan pelaksanaan Dasar Pelancongan Negara 2020- 2030. Ia merupakan platform perkongsian mengenai dasar dan hala tuju MOTAC serta untuk mendengar pandangan dan mendapatkan maklum balas daripada penggiat industri mengenai pembangunan industri pelancongan bagi tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang dalam menangani cabaran-cabaran yang dihadapi sektor pelancongan masa kini. S

Pada sesi dialog tersebut, MOTAC telah menerima memorandum daripada 15 persatuan-persatuan pelancongan berkaitan isu-isu dan cabaran yang dihadapi serta cadangan-cadangan penambahbaikan. Ia adalah berkaitan bantuan kewangan, pelesenan dan penguatkuasaan, pembangunan produk pelancongan, penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan pelancongan, promosi dan pemasaran, serta pembangunan sumber manusia terutamanya dalam menangani kekurangan pekerja dalam industri ini.

Dalam majlis yang sama, YB Dato’ Sri Hajah Nancy turut berkesempatan melancarkan Rangka Kerja Pemulihan Pelancongan atau Tourism Recovery Framework (TRF) 2.0. TRF 2.0 ini merupakan kesinambungan daripada Pelan Pemulihan Pelancongan (TRP 1.0) yang telah ditambahbaik oleh MOTAC bersama-sama penggiat industri melalui Tourism Productivity Nexus (TPN). TRF2.0 ini juga mengambil kira isu-isu dan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh penggiat industri melalui memorandum tersebut.

Menerusi TRF 2.0, fokus akan diberikan kepada meningkatkan pendapatan negara, menggalakkan kerjasama pintar antarabangsa dan nasional, memperkasakan masyarakat setempat, mengukuhkan daya tahan serta memastikan kemampanan industri pelancongan negara dalam mendepani ketidakpastian pada masa mendatang.

TRF 2.0 menggariskan 5 tonggak strategi pelancongan iaitu:

  •   Tonggak 1: Menyokong Pemulihan Perniagaan Pelancongan dan Kebudayaan;
  •   Tonggak 2: Memulihkan Keyakinan Pelancong dan Perjalanan Antarabangsa dan Intra-Rantau yang Lancar;
  •   T onggak 3: Mencipta Semula Produk/Perkhidmatan Pelancongan dan Kebudayaan Bagi Memacu Daya Saing;
  •   T onggak 4: Menyelaraskan Pelancongan Dengan Kemampanan dan Keterangkuman; dan
  •   Tonggak 5: Memperkukuh Pemulihan Dengan Ketahanan Jangka Panjang dan Kesediaan Menghadapi Krisis

Dengan pembukaan semula aktiviti pelancongan seluruh negara, peningkatan kadar vaksinasi, pembukaan sempadan negara serta pelaksanaan TRF2.0, MOTAC telah menyemak semula dan menyasarkan ketibaan pelancong sebanyak 4.5 juta orang dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM11.1 bilion bagi tahun 2022.

“Adalah diharapkan TRF 2.0 ini dapat memacu semula sektor pelancongan agar kembali pulih. Kerjasama erat antara para penggiat industri, komuniti tempatan, pertubuhan bukan kerajaan, dan kerajaan adalah amat penting demi mencapai matlamat dan menangani kesan buruk wabak COVID-19 bagi mewujudkan serta meningkatkan industri pelancongan yang berdaya maju dan berdaya tahan,” jelas YB Dato’ Sri Hajah Nancy.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *