Mon. Apr 29th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

MOTAC DAPAT PENGIKTIRAFAN FIRST “REBANA DIKIR BARAT” LED BY TRADITIONAL ORCHESTRA

1 min read

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerima pengiktirafan “First Rebana Dikir Barat Led By Traditional Orchestra” dari Malaysia Book of Records pada Malam Gala Festival Budaya Putrajaya 2023 pada 30 September 2023.

Konsert Mega Dikir Barat dan Paluan Rebana berskala antarabangsa pertama diiringi Orkestra Tradisional Malaysia. Lima (5) segmen persembahan dipertontonkan kepada khalayak yang hadir pada malam ini iaitu Paluan Buka Panggung dan Bertabuh, Persembahan Lagu Jogho, Battle Tukang Karut, Lagu Rampaian serta Dikir Kreasi diiringi oleh 230 pemain rebana dan 200 orang awak-awak. Antara artis jemputan yang memeriahkan konsert mega ini ialah Syamel, Liza Hanim, Bunga Isme, Amsyar Leee, Nadeera serta persembahan tarian-tarian etnik tradisional pelbagai kaum.

Festival Budaya Putrajaya 2023 merupakan anjuran MOTAC dengan kerjasama strategik Perbadanan Putrajaya dan Istana Budaya yang berjalan dari 28 September hingga 1 Oktober 2023 ini telah menarik kira-kira 100,000 orang pengunjung.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *