Wed. Apr 24th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Misi Bantuan Banjir Penggiat Pelancongan & MOTAC

2 min read

Sejajar dengan semangat Keluarga Malaysia, Majlis Pelancongan Malaysia dan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya menggerakkan bantuan segera bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas di Kg Kebun Bunga Batu 3 Shah Alam dan Seksyen 19 Shah Alam Selangor.

Misi tersebut melibatkan penyertaan sukarelawan di bawah MOTAC (Voluntourism), penggiat-penggiat industri pelancongan di bawah Majlis Pelancongan Malaysia yang terdiri daripada lebih 100 ahli gabungan dalam kalangan persatuan hotel, agensi pelancongan, restoran, spa dan pengusaha produk pelancongan.

Menurut Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Wira Dr. Noor Zari Hamat usaha yang diterajui oleh Majlis Pelancongan Malaysia dengan melibatkan para penggiat industri ini telah memperlihatkan kesungguhan untuk menghulurkan bantuan sama ada dalam aspek tenaga kerja, sumbangan barang-barang keperluan asas serta pelbagai lagi bentuk bantuan yang dihulurkan.

Hasil daripada kerjasama strategik antara pihak MOTAC dan Majlis Pelancongan Malaysia ini lebih 200 keluarga yang terjejas teruk akibat banjir besar di Shah Alam dapat dibantu dengan pelbagai barangan keperluan asas dan makanan.

Sementara itu menurut Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Encik Uzaidi Udanis program tersebut telah memperlihatkan semangat gotong-royong dalam kalangan keluarga industri pelancongan yang disokong sepenuhnya oleh MOTAC melalui penggiat-penggiat industri bagi meringankan beban mereka yang terjejas dalam bencana banjir tersebut.

“Ia juga sejajar dengan salah satu nilai dan ciri dalam konsep Keluarga Malaysia iaitu; Keterangkuman – saling menghormati dan mengasihi sesama ahli keluarga” katanya.

Antara penyumbang yang terlibat dalam menjayakan misi kali ini adalah MyBHA, MiTDA, MITA, MATIC, Amazing Hiking, Persatuan Pelancongan Selangor, TRAM, Santai Travel, Brahim’s Dewina , Hadramawt Kitchen, Restoran D’Tandoor serta individu yang terlibat dalam menjayakan misi bantuan itu.

Majlis Pelancongan Malaysia akan meneruskan beberapa lagi Misi Bantuan kawasan lain yang terjejas akibat banjir dan menyeru semua pihak agar dapat menyalurkan sumbangan kepadaakaun bank :
MAYBANK : 514347224941(MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA)


Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi :-
Dato’ Noorzaleha : +60 12-232 6152
Dato’ Emmy Suraya : +60 12-211 8425
Datuk Azlie Halim : 012-3600148

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *