Merdeka Conservation Dive 2019

Sudah agak lama saya tidak mengikuti mana-mana program konservasi marin. Peralatan menyelam pun lama tersimpan rapi dalam bilik stor. Apabila sahabat baik saya, Encik Azlan Zain menjemput untuk turut serta dalam program konservasi beliau, Merdeka Conservation Dive di Pulau Redang, saya terus bersetuju.

Para peserta bergambar kenang-kenangan bersama YAM Tengku Puteri
Utama Terengganu Raja Tengku Nadhirah Zaharah Tengku Mizan

Merdeka Conservation Dive bukanlah satu program yang baru. Program ini telah bermula sejak tahun 2008, kini telah masuk tahun ke-11 penganjurannya. Pertama kali saya mengikuti program ini pada tahun 2008, saya masih belum bergelar penyelam skuba. Pada tahun ini juga, gitaris lagenda yang juga bekas pemain gitar Wings, Joe turut serta mengikuti program Merdeka Conservation Dive.


YAM Tengku Puteri Utama Terengganu Raja Tengku Nadhirah Zaharah Tengku Mizan bergambar bersama tukun Castle Reef.
Table coral yang besar dan sihat.
Tukun Castle Reef.

Majlis pelancaran Merdeka Conservation Dive telah diadakan di Redang Bay Resort. Majlis ini telah dirasmikan oleh Cik Zanariah Zakaria. Turut hadir menyerikan majlis adalah YAM Tengku Puteri Utama Terengganu Raja Tengku Nadhirah Zaharah Tengku Mizan. YAM Tengku Puteri juga turut ikut menyelam bersama-sama sepanjang program berlangsung. Menurut Encik Azlan Zain, yang merupakan Pengarah Program, sebanyak 40 puluh buah tukun tiruan yang akan diturunkan pada tahun ini. Beliau juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penaja yang turut sama membantu menjayakan program konservasi ini seperti Sunway Construction dan Pakar Scenio TW.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *