Sun. Apr 28th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Membangkitkan Semangat Meriah Tahun Baru Cina dengan Kehadiran KitKat® Golden Dragon!

3 min read

Rakyat Malaysia sentiasa mencari produk konfeksi bermusim yang menarik dan berminat untuk mencuba perisa baharu, terutamanya semasa musim perayaan. KitKat® dari Nestlé sentiasa berusaha memenuhi harapan rakyat Malaysia dan dengan gembiranya menyambut Tahun Naga 2024 dengan pelancaran KitKat® Golden Dragon. Ini merupakan coklat edisi terhad yang inovatif sempena sambutan Tahun Baru Cina. KitKat® dihasilkan di Chembong, Negeri Sembilan, yang berperanan sebagai pusat pengeluaran produk untuk pasaran ASEAN.

KitKat® Golden Dragon adalah produk baru yang unik, menjadi KitKat® pertama di seluruh dunia yang menggunakan teknologi ‘Farbling’ untuk menghasilkan corak sisik Naga yang menakjubkan pada coklat. Teknologi ini memungkinkan penciptaan reka bentuk yang rumit, terinspirasi oleh sisik Naga mitos dengan kombinasi warna-warna semula jadi dan terang dalam rona merah dan kuning keemasan. Penampilan visual menarik KitKat® Golden Dragon pada jejari coklatnya pastinya membangkitkan semangat Naga, yang merupakan simbol kuasa, tuah, dan kemakmuran dalam budaya masyarakat Cina. Produk ini menjadi pilihan snek atau hadiah yang sempurna untuk musim perayaan.

KitKat® Golden Dragon juga menampilkan perisa Zesty Orange yang lazat, sejajar dengan tren perisa bermusim yang disukai pengguna. Keseimbangan sempurna antara rasa segar oren dan kemanisan coklat susu dalam adunan wafer KitKat® rangup menawarkan pengalaman yang merangsang deria dan nikmat yang memikat selera.

Menurut Carlota Casellas, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Confectionery, KitKat® Golden Dragon bukan sekadar snek coklat biasa. Edisi terhad ini menandakan pencapaian penting bagi Nestlé, dengan Malaysia sebagai pasaran pertama di dunia yang melancarkan coklat KitKat® baru menggunakan kombinasi teknologi Pemarmaran dan Pemudaran (Farbling). Mereka berharap memberikan pengalaman snek luar biasa kepada rakyat Malaysia, sejalan dengan slogan terkenal KitKat®, ‘Have a break, Have a KitKat®’, dan pada masa yang sama, mencipta momen bermakna serta mengukuhkan ikatan bersama rakan dan keluarga.

Untuk meraikan pelancaran KitKat® Golden Dragon, sebuah acara khas diadakan di Sunway Velocity Mall di Cheras, Kuala Lumpur, dengan Kumpulan Tarian KitKat® Golden Dragon yang memberikan hiburan melalui persembahan tarian naga yang memukaukan. Acara ini dipenuhi dengan aktiviti menarik dan penuh kemeriahan, memberikan inspirasi kepada pengunjung untuk menyambut Tahun Baru Cina yang meriah.

Sempena sambutan perayaan, KitKat® memperkenalkan rangkaian koleksi KitKat® Golden Dragon edisi terhad, termasuk pek tunggal 4 Jejari edisi terhad baharu, Beg Kongsi 8 x 2 Jejari, Tin Hadiah Logam Tahun Baru Cina Naga KitKat®, Pek Cele-break khas, dan Beg Serba Guna Edisi KitKat® x Artis Malaysia yang direka khas secara usaha sama dengan artis tempatan, Cassey Gan dan Cloakwork. Sebagai sebahagian daripada rangkaian menarik ini, KitKat® sangat teruja untuk memperkenalkan aiskrim KitKat® U ZU, hidangan lazat yang disaluti dengan perisa yuzu, dilengkapi dengan wafer rangup dan oren kering di atasnya. Aiskrim edisi terhad ini menambahkan sentuhan unik dan keseronokan kepada pengalaman KitKat®.

Untuk menyertai Peraduan KitKat® LÓNGevity, yang berlangsung sehingga 20 Februari 2024, peserta hanya perlu membeli coklat KitKat® dan/atau aiskrim KitKat® bernilai sekurang-kurangnya RM10. Peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik berjumlah lebih RM318,888* (tertakluk kepada Terma dan Syarat) termasuk hadiah utama bulanan berupa 2 buah Kereta Elektrik BYD Dolphin bernilai RM99,900 setiap satu. Ganjaran lain termasuk hadiah mingguan berupa 40 unit wang tunai RM888, 608 unit pin tambah nilai Touch ‘n Go eWallet bernilai RM88 setiap satu, dan hadiah harian berupa 285 unit e-Baucar Grab bernilai RM88 setiap satu.

Dengan kemeriahan Tahun Baru Cina yang semakin hampir, KitKat® mengundang rakyat Malaysia untuk berehat sejenak bersama KitKat® dan menyemarakkan sambutan tahun ini dengan KitKat® Golden Dragon!

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *