Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

“Memanusiakan Ummah” Bersama World #QuranHour

3 min read

SHAH ALAM : World #QuranHour sebagai kempen gerakan al-Quran melalui baca, faham dan amal akan diadakan di lokasi perdana Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM), Gombak pada 13 April 2023, bersamaan 22 Ramadan 1444H.
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata objektif majlis tersebut adalah tanda kesatuan hati semua pihak media di negara ini untuk bersinergi dalam membawakan Misi Al-Quran, Surah Al Insan, untuk memanusiawikan ummah dengan 11 karakter insan Al-Abrar.
Perjumpaan tahunan dalam kalangan rakan Sinergi Media Malaysia untuk menjayakan
kempen #QuranHour telah bermula sejak tahun 2016.

Antara rakan Sinergi Media yang bergabung dalam misi mengQurankan Bangsa
Mengikhlaskan Ummah seperti Sinar Harian, Bernama, RTM, Astro Oasis, Astro Awani, Radio IKIM, Utusan TV, Utusan Malaysia, Nu Ideaktiv, Zayan FM, New Straits Time, Berita Harian, Harian Metro, TV3, Media Prima, TV9 dan Denaihati.com.
Program berinteraksi dengan al-Quran ini dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama UIAM, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.
Tahun ini, Astro Oasis kembali sebagai penyiar utama bagi World #QuranHour untuk bersiaran secara langsung pada hari tersebut. Rakan media lain turut dialu-alukan untuk bersiaran serentak di platform masing-masing.


Sejak 2020 hingga 2022, TV AlHijrah menjadi penyiar utama #QuranHour dan bersiaran
langsung dari studio TV AlHijrah dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya ketika negara dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan wabak Covid 19.
“Rakan Sinergi Media mengambil tanggungjawab kemanusiaan dengan menguar-uarkan kempen #QuranHour anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dalam mengimarahkan
al-Quran yang menjadi panduan kehidupan manusia sejagat di platform media masking-mazing.

“Gabungan media telah melahirkan impak perkembangan misi Baca, Faham, Amal al-Quran dari Malaysia ke seluruh dunia. Sehingga tahun 2022 capaian media sosial telah terkumpul sebanyak 3.46 bilion.
“Kesan dari sini juga banyak Rumah Ngaji dan Quran Corner dibuka bukan sekadar di Malaysia tetapi di Indonesia hingga Makkah dengan kaedah memahami isi al-Quran agar berlaku perubahan kerangka fikir dengan al-Quran.”


Kata beliau lagi, untuk tahun 2023, Surah Al-Insan telah dipilih dengan membawa tema
“Memanusiakan Ummah” (Humanising the Ummah) melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World dalam usaha merealisasikan misi masuk syurga sekeluarga.


Bagi mencapai misi Masuk Syurga Sekeluarga melalui panduan Surah al-Insan, terdapat dua perkara penting yang perlu diselaraskan dalam diri setiap umat manusia iaitu :
a. Kerangka Fikir : Menyedari bahawa manusia adalah hamba ALLAH SWT (76 : 1 – 2)
b. Sistem Operasi Diri (Self-Operating System) : Menjadikan Al-Quran sebagai panduan kehidupan (76 : 3, 23)
ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus, ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur.” (Terjemahan Surah Al-Insan, 76:3) Ayat 3 dalam Surah Al-Insan, ALLAH menjelaskan bahawa Al-Quran itu merupakan petunjuk dan panduan bagi orang-orang beriman. Justeru, kita perlulah berpegang teguh dan menjadikan al-Quran sebagai sistem operasi diri agar kita termasuk di dalam golongan hamba- Nya yang bersyukur dan bukan golongan yang kufur.
Terdapat 11 karakter yang perlu dididik dalam diri seseorang untuk menjadi Insan
berkebajikan (Al-Abrar). Ia mencakupi tanggungjawab manusia kepada ALLAH SWT dan tanggungjawab manusia sesama manusia seperti yang dijelaskan di bawah:

  1. Memenuhi nazar/janji kepada ALLAH SWT dan sesama manusia (76:7)
  2. Takut azab Allah SWT (76:7)
  3. Memberi makan apa yang disukainya (76:8)
  4. Ikhlas (76:9)
  5. Beriman kepada hari akhirat (76:10)
  6. Berpegang teguh dengan al-Quran (76:23)
  7. Sabar (76:24)
  8. Menahan diri daripada melakukan dosa (76:24)
  9. Menunaikan solat fardu (76:25)
  10. Menunaikan solat tahajjud (76:26)
  11. Bertasbih (76:26)

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *