Wed. May 8th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

KUALA LUMPUR DEEPAVALI CELEBRATION 2023 MERIAH !

1 min read


Kuala Lumpur Deepavali Celebration 2023 merupakan salah satu daripada program-
program rumah terbuka yang khusus untuk jemputan dan kehadiran pelancong asing yang
dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur secara tahunan. Program lain seumpama
ini adalah Chinese New Year Celebration dan Aidilfitri Celebration.
Antara tarikan yang bakal disediakan ialah seperti persembahan muzik, makanan-makanan
tradisi dan persembahan kebudayaan seperti Tarian Multiracial, Tarian Bharatanatyam dan
Tarian Bollywood serta demonstrasi kesenian seperti Kolam, Henna, Beads dan pertunjukan
seni mempertahankan diri masyarakat India iaitu Silambam. Program in diadakan di Flag Pole,
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang akan dihadiri oleh 1,000 orang para jemputan sahaja.
Objektif penganjuran program ini adalah untuk menyemarakkan dan mempertingkatkan
semula industri pelancongan khususnya di Kuala Lumpur. Impak positif penganjuran majlis
rumah terbuka ini adalah adalah untuk memberi peluang kepada para jemputan terutamanya
pelancong-pelancong untuk meraikan perayaan Hari Raya Deepavali disamping menikmati
jamuan dan persembahan yang disediakan. Selain itu juga, para jemputan dapat mengenali
secara dekat keunikan budaya dan tradisi kaum India di Malaysia melalui demonstrasi dan
aktiviti yang mengetengahkan seni dan budaya.
Kuala Lumpur Deepavali Celebration 2023 dirasmikan sendiri oleh YBhg. Datuk Sr. Haji
Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Majlis rumah terbuka ini dihadiri
oleh Pengurusan Tertinggi DBKL, Ahli Lembaga Penasihat DBKL dan Ketua Jabatan DBKL.
Turut diundang sama untuk memeriahkan majlis rumah terbuka ini adalan Ahli Parlimen Kuala
Lumpur, Ketua penggiat industri pelancongan serta wakil NGO.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *