Tue. Apr 23rd, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Konsert Malai Solo Noraniza Idris Martabat Seni Negara Ke Persada Antarabangsa

2 min read

oznorCO_soft

Konsert Malai Solo Noraniza Idris bakal menggabungkan semua repertoire dari seluruh Malaysia dan jadikan sebagai satu konsert yang eksklusif.
Menurut Noraniza Idris, Konsert Malai Solo Noraniza Idris menggunakan khidmat
300 individu membabitkan pengarah muzik terkenal negara, Datuk Ramli MS, barisan pemuzik kelas A bertaraf filharmonik, kemunculan 40 pasukan artis budaya tetap, artis budaya jemputan, kumpulan tenaga kreatif yang mahir dalam teknologi persembahan dan banyak lagi.
“Konsert ini berdurasi 120 minit tanpa henti. Ada transisi kita cuba ketengahkan
berkaitan saya. Tak berhenti sebab tak nak momentum jatuh. Bila bercakap konsep, tak boleh melibatkan penari yang sedikit. Pentas pula sangat luas. Jadi, macam mana nak memperlihatkan persembahan nampak gah, peranan utama nak fokus adalah penglibatan dan karakter penari, ” katanya.

“Satu lagi, bukan Tok Ram saja, tapi membabitkan pemuzik level filharmonik
semua yang terbaik yang akan iringi lagu tradisional saya. itu saja sudah nampak kelas tersendiri yang saya cuba cipta dalam Malai Solo ini. Saya yakin, siapa sahaja yang ke konsert ini pasti tidak akan kecewa kerana Malai Solo bukan sekadar konsert biasa, “tambahnya lagi.
Konsert ini disusun terperinci dan disesuaikan untuk tontonan masyarakat luar negara yang ingin mengenal Malaysia secara lebih dekat menerusi satu perhentian.
Dalam masa yang sama mengambil kira keperluan masyarakat Malaysia dari
pelbagai generasi untuk hadir menonton. Ia konsert luar biasa, dari segi persediaan, susunan muzik, kualiti pasukan, pembabitan tenaga mahir seperti
pengarah persembahan, koreografi, membabitkan pemuzik lain-lain. Libatkan
juga pasukan teknologi, gabungan tradisional dengan orang yang mahir dalam industri.

“Harga tiket saya, masih di tahap sederhana di Istana Budaya. Bukan
dalam kategori yang sangat mahal. Kalau tengok pada sejarah Istana Budaya, tak boleh letak terlalu rendah juga. Ramai juga yang boleh datang sebelum ini.
Saya yakin harga yang diletakkan adalah berbaloi untuk semua. Ini lah cara
untuk menghargai seni budaya kita di tahap yang tinggi dan berprestij sebagai
tarikan pelancong.”
Idea dan konsep Konsert Malai Solo Noraniza Idris adalah daripada Noraniza
sendiri sementara pengarah konsert, Ahmad Saifulizam atau Gbam, pengarah
persembahan, Mohd Seth Hamzah dan pengarah artistik, Siso Kopratasa.
Tiket-tiket telah mula dilancarkan pada 19 Ogos lalu melalui www.ilassotickets.com dengan harga VVIP Awallah Dondang RM1599.00, VIP Dikir Puteri RM899.00, Intan Payung RM399.00 dan Hati Kama RM299.00.
Bagi pelancong domestik atau luar negara yang ingin bercuti dengan pakej Malai Solo, pakej boleh terus didapati menerusi emel kepada Gemala Travel di gemalainfo@gmail.com atau menghubungi talian 019-3342478

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *