Mon. Apr 29th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

KONSERT 25 TAHUN RABBANI

3 min read

Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) buat julung kalinya berkolaborasi bersama Rabbani Empire Resources dalam penganjuran Konsert 25 Tahun ‘Simponi Kesyukuran Rabbani’.

Program konsert yang pertama kali dilaksanakan oleh YWJ ini akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor pada 30 Disember 2022 pada jam 8.30 malam.

Untuk makluman, program ini merupakan inisiatif di bawah Unit Kesenian Islam, YWJ. Sebelum ini, program Kesenian Islam hanya menganjurkan program berkonsepkan bengkel muzik dan kelas muzik moden atau tradisional sahaja. Namun, pada tahun ini YWJ telah berkolaboratif bersama kumpulan nasyid Rabbani menganjurkan program bersifat konsert.

YWJ telah memilih kumpulan nasyid Rabbani atas sebab populariti dan perjuangan Rabbani yang masih bertahan dalam industri muzik nasyid selama lebih dua dekad. Penganjuran program konsert ini bertujuan meningkat kefahaman, kesedaran terhadap genre nasyid dan menanam semangat jati diri masyarakat melalui bait-bait dalam lirik lagu yang disampaikan.

Antara objektif utama penganjuran konsert adalah memberi peluang kumpulan Rabbani untuk mendekati para peminat secara lebih dekat dan ianya satu bentuk penghargaan kepada mereka yang banyak menyokong perjuangan seni Rabbani selama 25 tahun.

Selain itu, gabungan kepelbagaian bentuk muzik nasyid pada konsert itu adalah satu keunikan yang akan menarik minat masyarakat khususnya golongan belia untuk meminati irama nasyid khususnya di negeri Johor.

Malah, masyarakat juga akan menghargai nilai-nilai yang ada dalam irama nasyid di samping mewujudkan kesedaran dalam memupuk semangat perpaduan sekaligus menyemarakkan lagi keharmonian rakyat di negeri ini.

Kelangsungan kesenian dan kebudayaan terutama irama nasyid diharap dapat mengimbangi pembangunan holistik di negeri Johor. Konsert yang berlangsung selama 2 jam itu turut menampilkan beberapa artis jemputan seperti Mawi, Hijjaz, Daqmie, Dinie Juri dan Aeydan serta penglibatan barisan pemuzik dari Yayasan Warisan Johor.

Persembahan yang bertemakan “Simfoni Kesyukuran Rabbani” juga akan diiringi dengan muzik Okestra dan perkusi, selain itu juga mengandungi, Qasidah, Tarian Sufi Munajat dan juga Sajak Pertarungan berserta Pentomen. Bersesuaian dengan pengalaman 25 tahun Rabbani, konsert ini akan berlangsung beberapa segmen antaranya, pembukaan dengan kemunculan awal Rabbani dengan konsep Andaslusia, seterusnya Nolstagia nada Murni, Kebangkitan Nasyid, Tribute dan akhir sekali era pandemik dan terkini.

Pasti mengamit kerinduan dan juga semangat untuk semua lapisan masyarakat bersesuaian dengan maksud Rabbani itu sendiri iaitu Yang Arif dan Yang Soleh dengan erti kata lain ingin mengajak diri, keluarga dan masyarakat supaya berilmu dan beramal soleh.

Semua peminat dan orang ramai dijemput hadir menyaksikan KONSERT 25 TAHUN RABBANI ini bersama keluarga, sahabat andai, dan semua lapisan masyarakat kerana ini bukan sekadar konsert, tetapi membawa hiburan yang mendidik jiwa. Kita bangkit bersama dari ujian pandemik.
Untuk makluman, tiket untuk konsert ini dijual pada harga RM58, RM88, RM128 dan RM188.

Dalam pada itu, setinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada rakan- rakan kerjasama, rakan sinergi Rabbani seperti MATHAF Malaysian Thailand Halal Food Festival, Jamil Teluk Belanga, Aman Palestin Johor, Rabbani FC, Munsyid Malaysia dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan konsert ini.

Akhir sekali, besarlah harapan kami agar semua pihak dapat menguar-uarkan berita baik ini ke media sosial masing -masing agar menjadi satu ibadah dan perjuangan kita bersama memartabatkan irama nasyid tanah air Malaysia.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *