Wed. Apr 24th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Kerjasama Malaysia – Indonesia Bina Modal Insan Serantau

3 min read

KUALA LUMPUR, 8 Mei 2023 – Kerjasama Malaysia dan Indonesia dalam bidang pendidikan penting untuk membina modal insan masa depan negara dan serantau. Melalui MOU antara Kolej Antarabangsa Inovatif (IIC)  dengan Kementerian Tenaga Kerja Republik Indonesia (Kemnaker) Indonesia dan Polimedia Indonesia bersepakat untuk meningkatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi kedua negara Malaysia – Indonesia.
Kerjasama ini juga memberikan peluang kepada para pelajar Indonesia yang mencari pengalaman pendidikan tinggi di luar negara untuk mendaftar dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif dan Kolej Antarabangsa Inovatif bersedia untuk menerima para pelajar dari negara Indonesia  di mana mereka bukan sahaja akan menimba pengalaman baru dan pendidikan tinggi di luar negara tetapi juga akan mendapat manfaat daripada tawaran akademik dan kepakaran institusi dalam teknologi dan inovasi.
Pendidikan berasaskan pembelajaran dalam alam pekerjaan (work-based learning (WBL)) adalah salah satu langkah terbaik untuk menyediakan tenaga kerja berkemahiran di sebalik keadaan pasaran penempatan pekerjaan semasa yang mencabar selepas dunia dilanda pandemik COVID-19.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Innovative Capital Berhad, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, program work-based learning merupakan kaedah pembelajaran yang inovatif dalam menyediakan pelajar kepada pasaran kerja yang semakin mencabar.
“Program ini memberi peluang pelajar, belajar secara langsung di tempat kerja, pengalaman praktikal dan meningkatkan kemahiran yang diperlukan kerana format itu menyediakan pelajar dengan ilmu kemahiran berinovasi tinggi bagi menempuh dunia pekerjaan sekali gus memastikan pelajar berdaya saing di alam kehidupan sebenar.
“Pendidikan bukan lagi sekadar untuk dapat pekerjaan tetapi lebih kepada cara hidup dan kemahiran bagi menentukan kehidupan anda pada masa depan. Saya percaya bahawa keusahawanan dan inovasi dalam pendidikan adalah penting untuk mencari penyelesaian kepada masalah dunia nyata yang mempengaruhi kelangsungan hidup kita hari ini,” kata Azizan dalam ucapan pembukaan di sini hari ini.
Turut hadir ialah, Pengerusi Innovative International University College (IIUC), Kapten (B) TLDM Dato’ Professor Emeritus Dr. Hashim Yaacob, Presiden Innovative International University College (IIUC), Shahawati Umar, dan wakil Kementerian Ketenagakerjaan Republik Indonesia, Direktur Jenderal Binalavotas, Bapak Budi Hartawan.
Untuk rekod, Innovative Capital merupakan pemilik IIUC menyediakan program work-based learning melalui kerjasama Kementerian Ketenagakerjaan (Kemnaker), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kementerian Pelancongan Malaysia, Politeknik Negeri Media Kreatif Indonesia dan Poli Negeri Pariwisata Medan.
Tambah Azizan, IIUC menyediakan ruang pembelajaran kepada setiap individu tanpa mengira latar belakang sosial dan kebolehan.
“Saya amat percaya dengan mempunyai kemahiran dan kecekapan keusahawanan [entrepreneurial skills = survival skills] hari ini, sangat penting untuk semua orang dalam membantu masyarakat tempatan dan mendorong pembangunan ekonomi negara. Dalam 10 tahun akan datang, saya berharap organisasi di bawah Innovative Capital akan menjadi peneraju dalam bidang pendidikan inovatif dalam pembinaan usahawan dan anak muda yang akan menempuhi dunia pekerjaan.
Kerjasama Malaysia dan Indonesia dalam bidang pendidikan penting untuk membina modal insan masa depan negara dan serantau. Kedua-dua negara memiliki keunikan tersendiri dalam sistem pendidikan yang boleh memberi manfaat kepada generasi muda. Melalui program ini, Malaysia dan Indonesia berkongsi strategi pembelajaran berkesan, inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, serta pembinaan modal insan yang berkualiti”Kerjasama Malaysia dan Indonesia dalam bidang pendidikan penting untuk membina modal insan masa depan negara dan serantau. Kedua-dua negara memiliki keunikan tersendiri dalam sistem pendidikan yang boleh memberi manfaat kepada generasi muda. Melalui program ini, Malaysia dan Indonesia berkongsi strategi pembelajaran berkesan, inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, serta pembinaan modal insan yang berkualiti,” katanya.
Sementara itu, Shahawati berkata, pihaknya menyasarkan pelajar institusi ini akan memulakan pekerjaan sebagai graduan terlatih.
“Mereka bukan sekadar fresh graduate tetapi fresh graduate with experience,” katanya.
Pelajar yang menamatkan pengajian di institusi ini diyakini dapat memenuhi kehendak industri apabila mereka bekerja nanti kerana mereka menerima latihan secukupnya ketika di peringkat pengajian lagi, kata Shahawati.
Pelajar IIUC bakal ditempatkan di beberapa hotel lima bintang di seluruh negara termasuk Renaissance Hotel, Element by Westin, Attana Group, Le Meridian dan Platform Hospitality Group and Malaysia Association of Hotel, katanya.
Tiga program pengajian telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah Diploma dengan Work-Based Learning iaitu Diploma Hotel Management dengan Work-Based Learning, Diploma Retail Management dengan Work-Based Learning dan Diploma in Culinary Art dengan Work-Based Learning.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *