Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Keanggunan Amyra Rosli pesona wajah baharu Safi Youth Gold

3 min read

Digandingkan dengan pengenalan tiga serum dilengkapi vitamin C, 98 peratus emastulen dan glutathione untuk hasil lebih berkesan

Kuala Lumpur: Penampilan anggun menawan personaliti Amyra Rosli menyerlahkan dirinyasebagai duta baharu Safi Youth Gold mulai tahun ini.Kesibukan jadual harian dalam dunia lakonan, pengacaraan dan peragaan ternyata tidakmenjejaskan tanggungjawabnya sebagai isteri dan dan ibu kepada dua cahaya mata. Malah,kecantikan dan penampilan anggunnyakian menjadi inspirasi kepada ramai wanita untuk kekal menawan dalam menjalani kehidupan seharian. Pengurus Produk Kanan Safi, Kazlina Mohd Kassim, menyifatkan personaliti jelita yang disenangi ramai ini memiliki tarikan mempesona dengan sikapnya yang sentiasa merendah diri biar pun sudah begitu terkenal. “Beliau menyerlahkan penampilan Muslimah yang serba moden, bergaya serta berkeyakinan untuk mengejar impian dalam apa jua bidang kerjaya yang diceburi tanpa mengetepikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu,” jelas nya. Menurut Kazlina, Amyra dan Safi Youth Gold ternyata gandingan mantap yang terbukti menerusi majlis Ulangtahun ke-24 Anugerah Jenama Yang Dipercayai (Trusted BrandAwards) 2022 apabila personaliti jelita ini meraih Anugerah Personaliti Yang Paling Dipercayai. Manakala Safi pula dinobatkan sebagai pemenang Pingat Emas Produk Penjagaan Kulit Wanita Yang Paling Dipercayai 2022 menerusi undian oleh pengguna diseluruh negara. Kesibukan tugasan seharian juga bukan alasan buat Amyra mengekalkan kulit wajah nya supaya sentiasa kelihatan anjal, tanpa garisan pelitup muka dan bebas jeragat apatah lagi dalam keadaan masa kini yang memerlukan pemakaian pelitup muka berjam lamanya.Lantaran itu, tiga pilihan serum iaitu Safi Youth Gold Lifting Serum Emulsion, Safi Youth GoldLifting 24K Golden Elixir dan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum hadir tepat pada masanya untuk membantu wanita menangani pelbagai masalah kulit berkaitan penuaan.

Menariknya, pengguna boleh memilih padanan serum yang bersesuaian berdasarkan keperluan kulit masing-masing bagi menyerlahkan keberkesannnya. Penggunaan serum berganda yang dilengkapi bahan vitamin C, 98 peratus emas tulen dan glutathione itu boleh dilakukan dengan menyapu serum terbabit lapisan demi lapisan pada wajah. Safi Youth Gold Lifting Serum Emulsion, sesuai untuk kulit yang hilang keanjalan dan mempunyai kedutan yang mendalam. Serum ini membantu untuk meningkatkan pengeluaran kolagen supayakulittampil lebih anjal manakala penggunaan nya juga mudah iaitu hanya sapuan di seluruh wajah. Safi Youth Gold Lifting 24K Golden Elixir sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit berjeragat dan kusam. Ia mengurangkan jeragat sebanyak 87 peratus (berdasarkan hasil ujian klinikal) dan menyerlahkan kulit agar lebih berseri.Elixir ini memberi tumpuan kepada sapuan di bahagian atas wajah iaitu bahagian tulang pipidan dahi. Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum pula untuk wanita yang mempunyai masalah dagu berlapis dan kulit mengendur. Penggunaan serum ini membantu untuk mengurangkan dagu berlapis sebanyak 50 peratus dalam tempoh seawal 15 minit (berdasarkan hasil ujian klinikal).Serum ini turut membantu mengurangkan garisan pada leher serta menganjalkan kulit supaya tampil lebih tegang dan kelihatan awet muda.Sapuan serum ini pula adalah dibahagian bawah muka iaitu pipi,garisan rahang, bawah dagu serta leher. Rangkaian serum berkenaan amat bersesuaian untuk golongan wanita berusia 29 tahun danke atas yang mahukan produk penjagaan kulit yang tidak membebankan bagi menangani masalah kulit berkaitan penuaan seperti kulit kusam, kering dan hilang keanjalan.Pilihan serum tersebutboleh didapati dengan harga berpatutan iaitu Safi Youth Gold Lifting Serum Emulsion 20ml dijual pada harga RM42.30, Safi Youth Gold Lifting 24K Golden Elixir 29g pula RM52.90 dan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum 30ml berharga RM62.55. Rangkaian produk Safi Youth Gold boleh didapati di seluruh negara di kedai runcit terpilih atau secara dalam talian di kedai rasmi Wipro Unza di Shopee dan Lazada.Ia dijual pada harga berpatutan bermula dari RM10.50 sehingga RM62.55. Layari pautanShopee dihttps://bit.ly/3R51IyX.Lazada dihttps://bit.ly/3IeG0nT,Watsons dihttps://bit.ly/2O6zcwTdan Guardian dihttps://bit.ly/3OCP2Ob.

Sign UpSave a copy

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *