Wed. May 8th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Kayuhan Malam Merentas Jambatan Putrajaya

2 min read

Berbasikal santai pada waktu malam merentasi 9 buah jambatan ikonik di Putrajaya

Putrajaya : PUTRAJAYA BRIDGE NIGHT RIDE 2023 (PBNR 2023)
merupakan acara istimewa (signature event) berbasikal santai pada waktu malam
yang terbesar, merentasi 9 buah jambatan ikonik di Putrajaya. PBNR 2023 merupakan
anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Perbadanan Putrajaya (PPj)
dengan kerjasama Syarikat Red Adventure.
Memasuki edisi ke-7 tahun ini, PBNR 2023 melibatkan penyertaan seramai 5000
peserta dan lebih istimewa, PBNR 2023 julung kalinya menganjurkan Putrajaya
Cycling Fest sebagai acara sampingan.
Acara pelepasan kayuhan PBNR 2023 kali ini akan disempurnakan oleh YB Khairul
Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
diiringi oleh YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan
Putrajaya.
Putrajaya Bridge Night Ride adalah merupakan salah satu usaha pihak Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya dan Perbadanan Putrajaya dalam merancakkan
industri pelancongan di Putrajaya melalui pelancongan sukan. Melalui acara ini, para
peserta akan diperkenalkan dengan laluan basikal yang disediakan oleh pihak
Perbadanan Putrajaya iaitu Putrajaya Cycling Route yang menyediakan laluan
berbasikal yang selamat untuk dilalui pada waktu malam.
PBNR 2023 melibatkan acara kayuhan sejauh 7km, 12km, 20km dan 30km. Untuk
acara kayuhan bagi kategori 7km, ia turut disertai oleh tetamu kehormat, tetamu
jemputan, rakan media dan barisan selebriti tempatan iaitu Izham Ismail, Ezlynn, Amir
Ukays, Salman JKKK dan ramai lagi. Tarikan bagi acara ini adalah laluan kayuhan
yang melalui jambatan-jambatan ikonik di Putrajaya. Reka bentuk binaan jambatan
yang dilimpahi dengan cahaya lampu pada waktu malam akan memberikan peluang
kepada para peserta untuk merakam gambar-gambar yang menarik di media sosial.
Kayuhan akan bermula serta berakhir di jalan utama berhadapan Anjung Floria,
Presint 4, Putrajaya. Setiap peserta kayuhan bakal menerima ‘Cycling Kit’ yang terdiri
daripada t-shirt ekslusif acara, medal dan juga snek ringan. PBNR 2023 menawarkan
hadiah cabutan bertuah yang bernilai lebih RM30,000 kepada para peserta kayuhan.

Putrajaya Cycling Fest yang merupakan acara sampingan berbentuk karnival
berkonsepkan rekreasi sukan santai keluarga. Putrajaya Cycling Fest akan bermula
jam 10.00 pagi hingga 12 malam pada hari yang sama. Pengisian program karnival ini
adalah seperti booth jualan dan pameran outdoor serta rekreasi, booth produk
pelancongan, demo dan klinik basikal BMX, skate boarding, sesi perkongsian
pengalaman daripada ikon basikal dan pengembara basikal, pameran dan funride
basikal tua, zon aktiviti kanak-kanak, persembahan seni budaya dan persembahan
pentas oleh artis jemputan, cabutan bertuah dan banyak lagi.
Terdapat lebih daripada 60 buah booth jualan termasuk booth selebriti, food truck dan
juga car boot sale yang sudah pastinya menawarkan harga yang istimewa. Antaranya
adalah Decathlon, Black Cat, Cycle Apparel, Cycle Lab, Ungkit Coffee, Glow
Glamping, Cruise Tasik Putrajaya, Mercure Hotel dan banyak lagi

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *