Tue. Apr 23rd, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

JAYAKAN MISI BANTUAN BANJIR ‘WE CARE WE SHARE’ DI UMK

4 min read

KOTA BHARU :Seramai 200 orang mangsa terjejas banjir dalam kalangan pelajar dan staf Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta masyarakat setempat menerima sumbangan berupa wang tunai, makanan asas dan keperluan asas menerusi program “We Care We Share” daripada industri dan agensi kepada pelajar universiti dan komuniti.
Sumbangan berupa wang tunai, beras, makanan asas, air mineral, selimut, toto, tilam, bantal, tuala dan keperluan wanita itu diagihkan hasil inisiatif Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), UMK dengan kerjasama Pengasas Majalah Liburan Santai Travel juga merupakan Pengerusi MiTDA Dato’ Azlie Halim yang juga Profesor Adjung Fakulti Hospitaliti Pelancongan Dan Kesejahteraan FHPK UMK.
Kerjasama turut membabitkan Kelab Usahawan Wanita Kelantan (KUWAK), Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan, Malaysia International Tourism Development Association (MiTDA) dan PENIAGAWATI.
Sumbangan dan tajaan juga turut diterima daripada hotel-hotel terkemuka di Kuala Lumpur seperti Hotel The Grand Continental yang telah menyumbangkan keperluan pembersihan diri yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir.
Turut menyumbang, The Grand Renai Hotel, Hotel Habib Jewels dan Hotel Perdana Kota Bharu yang teah menyediakan penginapaan kepada rombongan Jemaah Masjid Muadz bin Jabal yang bertungkus lumus menguruskan barangan bantuan ini.
Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Dekan FHPK, Dr. Roslizawati Che Aziz dan Pengerusi Masjid Muadz bin Jabal, Dato’ Sri Zakaria Sulong yang juga merupakan Mantan Diplomat dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London.
Turut hadir, Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Saufi Che Rusuli, Pengerusi KUWAK, Pn. Nor Ariati Salleh, wakil Kelab Asnaf Kelantan, Pn. Siti Syaerah binti Meor Zulkifli, Pengarah Program ‘We Care, We Share’ FHPK, UMK , Encik Fauzan Hafiz Bin Muhammad Safri, yang juga Pensyarah Jabatan Pelancongan, FHPK, Timbalan Pendaftar FHPK, Puan Alifah Adnan, Ketua Projek Misi Bantuan Banjir Masjid Muadz bin Jabal Setiawangsa, Encik Hisyam bin Ghazali dan Penyelaras Pelajar bagi projek ini iaitu, Saudara Nuruddin bin Ramlan
Menurut Dr. Roslizawati, program ‘We Care We Share’ adalah cetusan idea oleh pelajar dan staf FHPK sendiri yang secara sukarela merasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan sekadar mampu. Manakala, tercetusnya nama FrenZ@FHPK UMK ini adalah daripada Dekan FHPK sendiri yang telah berjaya menggabungkan hampir 15 industri, agensi dan Persatuan Pelancongan di sekitar Kuala Lumpur dan Kota Bharu.
“Selain itu, hubungan antara academia-universiti-industri, agensi dan Persatuan Pelancongan ini telah diilantik sebagai FrenZ@FHPK UMK. Usaha ini sebagai tanda prihatin kepada kebajikan komuniti terutama di Negeri Kelantan yang sering terkesan dengan bencana banjir.
“Program ini juga melibatkan hasil gerak kerja oleh ahli Jemaah Masjid Muadz bin Jabal Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Chapter Kelantan mengumpulkkan barangan daripada penyumbang-penyumbang sekitar Kuala Lumpur.
Justeru, gabungan pintar dari koloborasi warga universiti dan industri adalah bertujuan untuk meraikan dan penyerahan sumbangan kepada 20 keluarga asnaf, 160 orang pelajar dan staf UMK, 50 komuniti di Pasir Puteh serta 11 pengamal media Kelantan yang terkesan banjir baru-baru ini.
Beliau berkata, jumlah sumbangan bernilai RM100,000.00 ini diperolehi melalui sumbangan daripada pelbagai pihak seperti industri, agensi badan persatuan termasuklah daripada alumni , staf dan pelajar FHPK serta warga UMK sendiri amnya.
“Selain itu, program ini juga sebagai platform warga Universiti dan industri kolaborasi membantu masyarakat yang terkena musibah bagi menunjukkan tanggungjawab masing-masing dalam memelihara dan memulihara keharmonian bermasyarakat di Malaysia.
“Program ini juga akan diadakan secara berterusan dan penyertaan daripada semua industri, agensi, badan NGO dan usahawan serta orang perseorangan amatlah dialu-alukan dengan menghubungi Dekan FHPK UMK.,” katanya.
Dr. Roslizawati juga berharap kerjasama strategik antara FHPK dengan pihak Masjid Muazd bin Jabal, MiTDA, KUWAK, Kelab Asnaf, Peniagawati dan hotel-hotel serta industri akan dikembangkan sebagai rakan kongsi bagi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), latihan dan pembelajaran serta pengurusan acara pada masa akan datang.
Sementara itu, En Fauzan Hafiz berkata, usaha ini sedikit sebanyak memberikan keceriaan dan meringankan beban kepada mangsa-mangsa yang terjejas dengan musibah banjir pada Disember 2022 yang lalu.
Beliau memaklumkan bahawa projek ini merupakan salah satu keperluan kursus subjek dimana beliau mendapat idea selepas melihat kesukaran rakan-rakan dan komuniti setempat menghadapi banjir Monsun Timur Laut pada 18 Dan 19 Disember 2022 lalu.
“Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan penderma yang prihatin berkongsi rezeki kepada pelajar, staf UMK, komuniti asnaf , komuniti setempat dan pengamal media yang terkesan banjir. Insha Allah, hasil sumbangan diharapkan agar dapat menceria dan meringankan beban yang dihadapi oleh mereka semua,” katanya.
Dalam pada itu, pelajar tahun dua dari Program Pelancongan FHPK, Nuruddin bin Ramlan berkata, projek “We Care We Share” ini amat bertepatan dengan misi bantuan dengan situasi semasa yang dialami oleh penduduk Negeri Kelantan.
Beliau selaku Ketua Projek We Care We Share berkata, program ini merupakan salah satu keperluan dibawah kursus wajib Pengurusan Acara FHPK dimana seramai 18 orang pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *