Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Intip 8 Rahsia Selama

4 min read
Ahli Majlis Daerh Selama dan pegawai-pegawai bomba Majlis Daerah Selama

RAFTING SUNGAI SELAMA
Aktiviti water rafting ini dilakukan di Sungai Selama. Bersedia untuk membasahi diri anda selama satu jam dengan aktiviti ini. Jika anda tidak pernah melakukan water rafting, jangan takut untuk mencubanya kerana anda akan ditemani oleh para petugas yang terlatih dan berlesen. Sebarang tempahan atau pertanyaan lanjut boleh hubungi 0116-301 5026 atau layari laman web https://eco- natventure.blogspot.com .

Lata Puteh
Lata Tebing Tinggi

TREKKING DI LATA PUTEH DAN BERMANDI-MANDA DI LATA TEBING TINGGI
Setakat ini, di Selama terdapat tujuh lata yang telah dikomersialkan sebagai satu tarikan pelancongan. Lata Puteh adalah lata yang paling tinggi dengan tahap kecerunan 45 darjah. Untuk sampai ke puncak sana anda perlu trekking lebih kurang satu jam. Lata Puteh menawarkan pemandangan yang cukup mengagumkan. Selain Lata Puteh, Lata Tebing Tinggi juga merupakan tempat yang boleh dilawati di Selama. Pelbagai kemudahan seperti tempat persalinan, surau, tandas dan gerai makanan sudah mula dibina di Lata Tebing Tinggi termasuk beberapa chalet- chalet yang sudah dibangunkan bagi tujuan keselesaan para pengunjung. Bagi sesiapa yang ingin melakukan aktviti ini boleh menghubungi Majlis Daerah Selama, Encik Razif di talian 010-3714548 atau Encik Rofizlan di talian 019-5217385.

APS ARCHERY EXCELLENT CENTRE
APS Archery Excellent Centre menawarkan aktiviti memanah di Selama. Bagi sesiapa yang tidak pernah mencuba aktiviti memanah ini, anda janganlah risau kerana di situ akan ada taklimat ringkas daripada tenaga pengajar yang berpengalaman untuk memberi tunjuk ajar ketika anda mencuba aktiviti ini. APS Archery Excellent Centre juga menjadi pilihan atlet kebangsaan dan atlet luar untuk berlatih dan mempersiapkan fizikal dan mental mereka sebelum tibanya hari pertandingan. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin belajar memanah di sini, anda boleh melayari laman facebook Aps3 D Archery Range and Resort atau boleh menghubungi pihak Majlis Daerah Selama.

KOLAM UDANG AIR GUNUNG LATA BULUH
Kolam Udang Air Gunung Lata Buluh adalah sangat unik. Udang-udang yang diternak di sini menggunakan sumber air semulajadi dari Lata Gunung yang sentiasa mengalir. Hasilnya udang galah di sini cukup manis apabila dimakan. Disebabkan keistimewaan inilah yang menjadikan hasil ternakan udang galah di Kolam Udang Air Gunung Lata Buluh ini tidak pernah diserang penyakit walaupun perusahaan ini sudah menjangkau usia 15 tahun lamanya. Hal ini membuatkan permintaan udang galah di sini mendapat permintaan yang cukup tinggi dari dalam dan luar negeri Perak. Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi pihak Majlis Daerah Selama, Encik Razif atau Encik Rofizlan.

GALERI KERIS PAK DIN KOMANDO
Pak Din Komando atau nama sebenar, Abdul Wahab Bin Hassan merupakan seorang bekas komando. Istimewanya Galeri Keris Pak Din Komando ini di mana terdapat 100 koleksi keris yang dipamerkan, bermula dari zaman sebelum merdeka sehinggalah negara kita sudah bebas daripada penjajah. Di galeri tersebut anda akan dapat melihat sendiri pelbagai keris atau senjata yang dipamerkan lengkap dengan ceritanya yang tersendiri. Bagi anda yang melawat ke galeri keris tersebut, anda hanya boleh melihatnya tetapi jangan sentuh kata Pak Din Komando. Nak tahu kenapa Pak Din Komando melarang anda sentuh keris-keris tersebut,sila datang ke Galeri Keris Pak Din Komando

TELAGA GERGASI
Telaga Gergasi merupakan salah satu peninggalan teknologi British yang berfungsi untuk mengawal kadar pengaliran air dari Sungai Ijok ke Tasik Bukit Merah. Telaga Gergasi ini mempunyai kedalaman sehingga 18 meter dalam dan dibina pada tahun 1936 oleh pihak British sebagai tempat untuk
menyimpan air. Dari jauh anda dapat mendengar arus air yang mengalir jatuh ke dalam Telaga Gergasi tersebut. Untuk pengetahuan anda semua, Telaga Gergasi ini bukan sahaja penting untuk pengairan air dari Tasik Bukit Merah melalui telaga tersebut pada zaman dahulu malah kini ia digunakan untuk mengairi kawasan kawasan sawah padi yang terdapat di Daerah Kerian. Teknolgi British ini asalnya berfungsi untuk memindahkan hasil bijih timah melalui sungai.

SUNGAI ATAS SUNGAI
Sungai Atas Sungai merupakan terusan air yang dilencongkan daripada Sungai Ijok sejauh 3.5 kilometer ke Sungai Atas Sungai sebelum merentasi Sungai Redang Panjang yang mengalir di bawahnya. Aliran air ini juga yang mengalir di Telaga Gergasi menerusi terusan air sepanjang kira-kira lima kilometer. Uniknya apabila anda berdiri di atas jambatan Sungai Atas Sungai ini, anda akan dapat melihat air dari terusan mengalir melalui jambatan tersebut tanpa bercantum dengan air Sungai Redang Panjang yang terdapat di bawahnya. Keunikan peninggalan British itu boleh anda lihat sehingga ke hari ini.

KOTA PERSEMBUNYIAN RAJA BERSIONG
Kota Persembunyian Raja Bersiong adalah tempat persembunyian Raja Bersiong yang merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Mahawangsa. Wujudnya kawasan ini disebabkan rentetan daripada mitos lagenda kezaliman seorang raja yang suka minum darah manusia. Daripada kisah itu Raja Bersiong dikatakan melarikan diri dari istananya di Lembah Bujang, Kedah ketika cuba mengelak daripada dikepung oleh Menteri dan rakyat yang membencinya kerana tabiatnya yang gemar makan bayam dengan kuah darah manusia.

SELAMA INN @ RUMAH REHAT SELAMA
Buat mereka yang ingin bercuti di Selama, usah risau kerana Rumah Rehat Selama menawarkan penginapan yang selesa. Rumah rehat tersebut juga dilengkapi dengan kemudahan yang terkini manakala SiraRimau Café pasti menjanjikan hidangan yang enak untuk para tetamu yang datang ke sini.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *