Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

INISIATIF PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI DAPAT PERHATIAN PESERTA KEMBARA MEDIA 2023

1 min read

SEPANG, 8 MEI 2023 – Program Kembara Media 2023 yang bermula dari 8 hingga 11 Mei 2023 dengan penyertaan seramai 22 orang pengamal media media massa termasuk media digital daripada 15 agensi seluruh Malaysia bakal berkunjung ke Selangor dan Negeri Sembilan.

Sempena program tersebut satu Sesi Ramah Mesra bersama Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil, telah diadakan bersempena dengan Program Kembara Media 2023 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPEN), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), di Gamuda Cove di sini hari ini,

Selain menghargai sumbangan dan sokongan para pengamal media, program ini bertujuan memasarkan maklumat mengenai usaha-usaha pembangunan kerajaan negeri-negeri yang dikunjungi serta membantu mempromosikan lokasi menarik dan produk tempatan yang dihasilkan oleh penduduk setempat. Penganjuran Program Kembara Media pada tahun ini mendapat kerjasama daripada pihak Tourism Selangor dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS).

Terdahulu, program tahunan yang dianjurkan sejak tahun 2015 telah diadakan di Sabah dan Perlis (2015), Sarawak dan Johor (2016), Terengganu (2017), Kedah (2018) dan Perak (2019). Namun begitu, penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan program ini tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2020 hingga 2022.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *