Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Bersama Bina Semula Pelancongan Negara

2 min read


Dalam mengharungi cabaran industri pelancongan yang terjejas akibat Covid 19, semua pihak termasuk di peringkat kerajaan, sektor swasta dan semu penggiat industri pelancongan untuk sama-sama menetapkan matlamat bersama dalam memastikan industri pelancongan negara terus berdaya saing.

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Menteri Pelancongan, Seni & Budaya

Berucap semasa majlis Perasmian Virtual Advisory Clinic (T-VAC) Tourism Productivity Nexus, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni & Budaya memuji inisiatif MPC dan TPN dalam mewujudkan klinik penasihat maya untuk penggiat industri pelancongan untuk membantu perniagaan yang terkesan akibat  COVID-19 . 

Beliau  menyeru semua pihak dapat bersama-sama membina semula industri pelancongan negara sehingga meletakkan Malaysia sebagai negara terunggul dalam sektor pelancongan. 

“Saya mengambil kesempatan hari ini untuk berkongsi dengan semua pemain industri di dewan maya ini tentang bagaimana kita dapat bekerjasama untuk membina semula industri pelancongan kita. Oleh itu, pemerintah, sektor swasta, perusahaan mikro, kecil, sederhana atau besar, baru atau mapan, kita mesti menetapkan matlamat bersama untuk pelancongan Malaysia di masa depan,” katanya.

Bagi merealisasikan usaha itu beliau telah mencadangkan 10 perkara utama yang diharapkan dapat mengembalikan semula sinar kecemerlangan kepada sektor pelancongan negara. Antara inisiatif yang dicadangkan adalah Menambah baik produk pelancongan, Menyusun semula strategi pemasaran/promosi, Meneliti semula pasaran baru, Memanfaatkan teknologi, Memperkukuh semula operasi perniagaan, Memanfaatkan bantuan kerajaan, Memfokus kepada intipati Malaysia Truly Asia, Menjalin kerjasama dan membentuk persaingan kolaboratif,  Melaksanakan pelancongan yang bertanggungjawab dan Meningkatkan serta mengekalkan penyampaian kualiti perkhidmatan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada  MPC dan TPN  yang telah melakukan tugas mereka untuk menyokong industri ini dengan menganjurkan Virtual Advisory Clinic (T-VAC) yang bertujuan membantu membimbing dan mencari jalan penyelesaian terbaik kepada pemain industri pelancongan dalam mengharungi pelbagai cabaran semasa..

“Saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Malaysia Productivity Corporation (MPC) , Yang Berbahagia Dato ’Abdul Latif atas usaha dan sokongan anda terhadap industri pelancongan . Saya berharap dapat mendengar perkembangan program ini dari semasa ke semasa,” kata Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *