Wed. Apr 24th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

INFAQ RAMADAN RAI ANAK-ANAK YATIM DI PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE

2 min read

KUALA LUMPUR – Seramai 22 orang anak – anak yatim dari Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman, Kuala Lumpur hari ini mendapat tajaan berbuka puasa melalui inisiatif Infaq Ramadan yang julung kali diadakan oleh pihak Perdana Kuala Lumpur City Centre di restoran berwajah barunya, “10Binjai”.

Menurut Pengurus Hotel, Encik Zakaria Ismail, “Misi utama program Infaq Ramadan 2022 ini adalah untuk mengumpulkan dana melalui sumbangan ikhlas dari orang ramai.”

“Melalui tajaan bernilai RM80.00 seorang, pihak Perdana Kuala Lumpur City Centre akan menaja lokasi berbuka puasa di “10Binjai” kepada penghuni Rumah Kebajikan, Rumah Anak-Anak Yatim, Rumah Orang- Orang Tua dan mereka yang memerlukan,” tambah Encik Zakaria.

Bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh barakah ini, Perdana Kuala Lumpur City Centre tampil dengan program khidmat masyarakat bagi menyantuni golongan asnaf, anak yatim dan mereka yang kurang berkemampuan untuk merasai keenakan juadah berbuka puasa di “10Binjai” melalui inisiatif INFAQ RAMADAN 2022, AMANAH ANDA KAMI LAKSANAKAN.

Menerusi inisiatif ini, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan dan tajaan dan pada masa yang sama dapat melaksanakan amal jariah dalam bulan yang berkat ini.

“Inisiatif ini merupakan kesinambungan program Infaq COVID-19 yang telah dijalankan sejak Februari 2021 dan kami dapati sambutannya amat positif. Bagaimanapun, pihak hotel masih mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada orang ramai dalam meneruskan usaha murni ini”, kata Encik Zakaria.

Kepada orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan, pembayaran boleh dibuat di akaun: 5649–3100–1595 (Maybank Islamic), Bold Hotel & Residences KL Sdn Bhd dan kemudiannya WhatsApp kepada nombor yang tertera iaitu 019-3255609 / 019-2411303 dan hantarkan bukti transaksi dengan kata rujukan “INFAQ RAMADAN 2022”.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *