Tue. Apr 16th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

“HUSNUL KHATIMAH” – SINGLE TERBARU RABBANI

1 min read

Kumpulan nasyid popular tanah air, Rabbani telah melancarkan single dan video klip terbaru berjudul “Husnul Khatimah “ pada majlis yang diadakan di Dsaji ,Dewan Perdana FELDA.Lagu “Husnul Khatimah “ ini merupakan hasil karya Hafiz Hamidun manakala lirik oleh Fedtri Yahya.Husnul Khatimah merupakan single terbaru daripada kumpulan Rabbani dan GARAM SASA telah menjadi penaja kepada single dan video klip ini.Turut hadir pada acara pelancaran ini ialah pimpinan penaja Garam Sasa,komposer Hafiz Hamidun, Daqmie, Sufian Saujana dan ramai lagi termasuk wakil NGO NaurahCare .

Strim sekarang : https://bfan.link/husnul-khatimah
Subscribe channel Rabbani : https://bit.ly/3BFtqJw
Pengarah & Editor : Rasyid Amir
Artis : RABBANI
Senilagu : Hafiz Hamidun
Senilirik : Fedtri Yahya
Susunan muzik : Wan Saleh
Studio Rakaman : Arteffects Studio
Mixing : Greg Henderson
Mastering : Hafiz Hamidun
Penerbit : Hafiz Hamidun & Mohd Asri Ubaidullah
Penerbit Eksekutif : Rabbani Productions (M) Sdn Bhd

Lirik “Husnul Khatimah”
“Tiada yang mudah
Itulah kehidupan
Rintangan, halangan, cabaran
Tak berhenti
Terkadang teguh iman
Terkadang hilang arah Bersaksi air mata
Merawat hati yang bernoda Kerana kita hamba penuh dosa-dosa
Mujahadah dan mencari husnul khatimah
Tiap detik, tiap langkah dipenuhi pengharapan
Keampunan, agar mati penuh mulia Kerana kita hamba penuh dosa-dosa
Mujahadah dan mencari husnul khatimah
Moga ada kesempatan menjejaki jalan pulang
Maghfirah dariNya ke akhir usia(Rahmat dan redha-NyaRahmat dan redha-Nya)
Segala yang indah
Cuma ada di sana
Ketika bertemu Pencipta
Maha Esa
Dunia hanya pinjaman
Tiada yang berkekalan
Bersaksi air mata
Merawat hati yang bernoda

https://www.facebook.com/rabbanigrouphttps://www.instagram.com/rabbani_official#Rabbani#garamSasa

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *