Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

HUAWEI PERKENAL TABLET 5G PERTAMA DI MALAYSIA

1 min read

Bosan membawa komputer riba ke sana ke sini kerana saiznya yang agak besar. Hendak menggunakan telefon pintar saiz skrinnya pula agak kecil. Jalan penyelesaiannya anda boleh dapatkan tablet. Kalau anda masih tercari-cari tablet yang berkuasa tinggi untuk memudahkan apa jua kerja yang anda lakukan terutamanya kalau anda seorang yang selalu melakukan kerja dari luar pejabat, Huawei MatePad Pro adalah pilihan tepat. Tablet ini sebenarnya sudah berada di pasaran Malaysia baru-baru ini namun varian terbaru 5G tablet ini adalah yang pertama di Malaysia.

Tablet 5G ini berharga RM3299 manakala tablet tanpa 5G adalah berharga RM2399. Kedua-dua tablet ini mempunyai spesifikasi yang sama. Perbezaannya adalah pada bahagian 5G. Jika anda membeli tablet 5G ini, anda akan turut mendapat papan kekunci jenis folio dan stailus M-pencil. 

Tablet ini mempunyai resolusi paparan WQXGA 2560×1600 manakala kuadspeaker pula menghasilkan bunyi yang padu. Ia dikuasakan dengan Kirin 990 5G dengan keupayaan RAM 8GB dan storan 256GB. Slot kad NM juga disediakan untuk mereka yang memerlukan ruang penyimpanan yang lebih. Kamera 13MP tersedia di bahagian belakang dan kamera 8MP di bahagian depan. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari http://consumer.huawei.com atau www.facebook.com/HuaweiMobileMY 

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *