December 7, 2022

Santai Travel Channel

Hong Kong Rangka Plan Pemulihan Selepas Wabak Covid-19

3 min read

Lembaga Pelancongan Hong Kong Menjangkakan Lanskap Pelancongan Baharu Selepas Berakhirnya Wabak

Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) menganjurkan sidang video pada 24 April untuk memberikan maklumat terkini mengenai pembangunan pelancongan dan memperkenalkan kerangka strategik rancangan pemulihan HKTB. Pengerusi HKTB Dr YK Pang menjelaskan bahawa pandemik Covid-19 telah memberi cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini kepada sektor pelancongan Hong Kong dan menghentikan sektor pelancongan global.

Beliau menambah: “Lanskap pelancongan akan dibentuk semula. Pasca pandemik covid-19 di seluruh dunia, kita akan melihat perubahan terhadap keutamaan dan tingkah laku dalam kalangan para pelancong – keadaan kesihatan awam di destinasi-destinasi pelancongan dan piawaian kebersihan ke atas pengangkutan, hotel dan kemudahan pelancongan lain juga turut menjadi keutamaan; orang ramai akan lebih memilih perlancongan jarak-dekat dan jadual perjalanan yang lebih pendek; perjalanan bertemakan kesihatan akan menjadi trend baru. Ini sebenarnya adalah masa yang tepat untuk kita mengkaji dan memikirkan semula kedudukan Hong Kong dalam pasaran pelancongan global dan meningkatkan standard perkhidmatan. Bersama-bersama dengan pemain industri pelancongan, HKTB akan merancang strategi pembangunan jangka panjang untuk industri pelancongan kami. “

Sidang video dihadiri oleh hampir 1,500 wakil dari agensi pelancongan, tarikan, hotel, syarikat penerbangan, industri runcit dan pemakanan, serta pihak Mesyuarat, Inisiatif, Persidangan dan Pameran (MICE) dan sektor pelayaran. Perwakilan dari pejabat HKTB di seluruh dunia juga turut serta dalam pertemuan ini untuk memberi gambaran mengenai perkembangan terkini di pelbagai kawasan pasaran, termasuk Asia Tenggara:

Jarak-dekat dan Pasaran Baharu

Pelancongan domestik akan menjadi pilihan utama sejurus selepas wabak, dan pelancongan keluar negara akan disambung tidak lama selepas itu.

Persaingan serantau akan lebih sengit daripada sebelumnya, kerana pihak berkuasa pelancongan dan industri pelancongan dari pelbagai destinasi bersiap sedia untuk mempromosi dengan lebih giat lagi bagi menarik para pengunjung.

Encik Raymond Chan, Pengarah Serantau HKTB, Asia Tenggara memperjelaskan potensi pasaran pelancongan Muslim untuk Hong Kong. Encik Chan berkongsi bagaimana HKTB telah meningkatkan usahanya untuk mengembangkan segmen perjalanan Muslim sebagai sebahagian daripada rancangan pemulihan di Asia Tenggara. Kempen pemasaran bertajuk ‘Jelajah Hong Kong’ yang didedikasikan untuk pengguna Muslim telah siap sedia dan akan dilancarkan dengan inisiatif-inisiatif pemulihan yang lain.

Lembaga pelancongan juga akan bekerjasama dengan rakan kongsi Hong Kong untuk membangun dan menyediakan lebih banyak perkhidmatan mesra Muslim untuk menyambut kedatangan pengunjung Muslim.

Di Jepun, Korea dan Taiwan, golongan generasi muda dan pertengahan adalah yang paling teruja untuk melakukan perjalanan. Pelancongan hijau dan outdoor akan disukai ramai, sementara perjalanan jarak-dekat lebih menjadi keutamaan kerana kekangan kewangan dan cuti.

Pasaran Tanah Besar

Tanah Besar China secara beransur-ansur akan meneruskan aktiviti ekonomi dan orang ramai telah kembali bekerja.

Memandangkan kesan wabak pada ekonomi, pengguna akan lebih mementingkan harga dan memilih percutian yang bersamaan dengan nilai-untuk-wang. Setelah berkurung dalam waktu yang panjang, pengunjung juga akan memberi keutamaan terhadap kesihatan dan alam semula jadi. Apabila memilih destinasi untuk perjalanan masa depan, mereka akan memilih yang berisiko rendah kepada kesihatan.

Pasaran Mesyuarat dan Insentif menjadi perlahan kerana banyak aktiviti-aktiviti yang ditangguhkan atau akan diadakan secara dalam talian.

Pasaran Jarak-jauh

Sekarang ini, pihak kerajaan sedang memberi tumpuan kepada wilayah yang diserang wabak ini. Masa yang lebih lama dijangkakan untuk pasaran ini pulih dan perjalanan keluar dapat disambung semula paling awal pada suku terakhir tahun ini.

Pelawat etnik di Asia dijangka menjadi yang pertama mengunjungi Hong Kong selepas wabak tersebut. 

Sentimen pengguna adalah lebih positif di Kanada, Perancis dan Jerman dan perjalanan keluar dijangka pulih pada kadar yang lebih cepat di pasaran ini. 

HKTB telah mengumumkan sebelum ini bahawa ia akan memperuntukkan HK $ 400 juta untuk menyokong promosi oleh industri pelancongan. Pengarah Eksekutif HKTB Dane Cheng menjelaskan bahawa HKTB telah merangka rancangan tiga-fasa untuk mengaktifkan semula pelancongan Hong Kong. Garis masa yang tepat akan bergantung kepada perkembangan wabak ini.

Fasa 1 (Sekarang) – Bertahan

HKTB sedang menyediakan rancangan pemulihan pelancongan Hong Kong.

Fasa 2 – Pemulihan

Apabila wabak ini menunjukkan tanda-tanda untuk reda, pertamanya, HKTB akan memberi tumpuan kepada pasaran tempatan untuk mempromosikan suasana positif di Hong Kong dengan menggalakkan penduduk tempatan untuk mencari semula perbezaan persekitaran kejiranan dan budaya masyarakat untuk menghantar mesej positif kepada pengunjung dan mengembalikan keyakinan mereka terhadap bandar ini. Sementara itu, HKTB akan melancarkan promosi taktikal dengan badan perdagangan di pasaran terpilih berdasarkan perkembangan di setiap pasaran untuk merangsang minat orang ramai bagi mengunjungi Hong Kong.

Fasa 3 – Pelancaran Semula

Acara mega dan kempen jenama pelancongan baru akan dilancarkan untuk membina semula imej pelancongan Hong Kong.

Facebooktwitteryoutubeinstagram
Facebooktwitterredditpinterestmail

Leave a Reply

Your email address will not be published.