Hero Pelancongan Malaysia Dihargai
2 min read
Kuala Lumpur: Sejak pendemik COVID-19 melanda negara pada awal tahun lalu, Industri pelancongan adalah antara sektor yang paling teruk terjejas. Ramai pengusaha industri pelancongan yang terpaksa gulung tikar akibat tiada sumber pendapatan. Namun dalam berhadapan dengan krisis ekonomi global ini, masih ada lagi pengusaha industri pelancongan yang bukan sahaja mampu bertahan tetapi berjaya meraih pendapatan yang baik dengan pengurusan perniagaan yang cemerlang.
Menyedari bahawa pentingnya pengusaha sektor pelancongan ini di beri perhatian dan sokongan sewajarnya, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) telah menganjurkan Malaysia Tourism & Business Heroes Award bersempena dengan Malaysia Tourism Gold Summit 2020 yang telah berlangsung secara maya pada 11-13 November 2020.
Sejalan dengan usaha meningkatkan industri pelancongan negara selama pandemik Covid 19, Sidang Kemuncak Emas Majlis Pelancongan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk memulakan Malaysia Tourism Gold Summit 2020. Ini adalah program eksklusif, yang memberikan pengiktirafan kepada pemain pelancongan, produk dan memperkasakan industri pelancongan.
Uzaidi Udanis, Presiden Majlis Pelancongan Malaysia mengatakan bahawa Malaysia Tourism & Business Heroes Award memberikan pengiktirafan yang tepat kepada keseluruhan industri pelancongan negara dan sebagai peluang terbaik untuk mengembangkan inisiatif kecemerlangan dalam industri ini.
“Ini adalah kesempatan untuk menyatukan semua penggiat industri pelancongan untuk melakukan lebih banyak upaya dalam memastikan industri pelancongan dan perniagaan kita akan bertahan. Saya ingin menyeru semua penggiat industri pelancongan untuk sama-sama kita bersatu hati dalam membina semual industri pelancongan negara kita,” kata Uzaidi Udanis.
SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH
Malaysia Tourism Hero 2020
YB Ustaz Hj Ariffin Deraman
EXCO Pelancongan, Kebudayaan & Teknologi Digital Terengganu
YBhg PPJ Bersekutu (PA) Puan Sri To’ Puan Datuk Dr. Shariffa Sabrina Binti Syed Akil
Tanah Aina Eco – Resorts
MR AESOS LAI
I Love KL Souvenir Sdn Bhd
Mr Richard Lim
Canopy Villa Sdn Bhd
MR MAZLAN GOH BIN AHMAD GOH
NQ Cultural Commercial Sdn Bhd
Dr S. Sri Kumar
DHS Hospitality Academy Sdn Bhd
Mr Pajan Singh
Chairman , Pahang Mybha Chapter
En Fairul Iskandar Faizil De Souza
PB Holidays & Tours Sdn Bhd.
Dynamic Engagement – RENTAKA
Malaysia Business Hero 2020
Mr Low Han Hooi
Mobile Windscreen Sdn Bhd
Lim Kai Chee Mary
Skylin Biotechnology Pte Ltd
Ms Wendy Kor Show Chooi
BS Bakery Shop
Mr Allen Tey
Fresh Maker Design & Renovation Sdn Bhd
Special Awards
Dato Sri Mohd Sharkar bin ShamsudinPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Peladangan dan Komoditi, Negeri Pahang.
YBhg Dato’ Haji Ishak bin Mokhtar
Pengurus Besar
TOURISM PAHANG
Ms. Angelina Wong Siew Fong
Malaysia Chinese Artist
Ms. Shenni Eng
Wolverine Global Marketing Sdn Bhd
Azira Shafinaz Ramlan
Malaysian Singer, Actress , TV Host