Thu. Apr 25th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Ekspo O2O Perkasa Bisnes Dalam Talian

2 min read

Perniagaan dalam talian pada hari ini semakin mendapat tempat dan dijangka terus berkembang. Oleh itu, sejajar dengan perkembangan semasa ini Ekspo Malaysia O2O diadakan di Pulau Pinang.
Antara yang terlibat secara langsung dengan ekspo ini ialah Persatuan Pembangunan Perusahaan Dalam Talian (Online Enterprise Development Association – OEDA).

YM Raja Dato’ Mudzafar Shah Raja Moktar bagi pihak OEDA dalam ucapan alu-aluan menyatakan bahawa ekspo ini merupakan yang pertama seumpamanya diadakan di Malaysia.

OEDA diberi penghormatan menjadi pihak tempatan pertama dipertanggungjawabkan mempromosikan acara ini dan menjadi sebahagian daripada agenda nasional untuk membantu usahawan Mikro.

Transformasi digital kini sangat penting dan Asia dijangka menjadi kunci kepada perubahan ini. Dijangkakan kaedah pemasaran yang sedia ada tidak mampu bertahan oleh gelombang strategi pemasaran dalam talian yang semakin meningkat dan menjadi pilihan.

Suasana yang berlaku ini sejajar dengan nilai teras OEDA. Persatuan ini bertujuan membantu proses penukaran perniagaan dari gaya tradisional kepada model digital, terutamanya yang disasarkan kepada Mikro dan perusahaan kecil. Menurut SME Corp, perniagaan mikro bersedia menjadi sektor pertumbuhan utama mewakili 76.5 peratus perniagaan di negara ini,.

Oleh itu, OEDA bertujuan untuk membuka peluang pertumbuhan perniagaan sama ada dalam talian atau konvensional untuk pengusaha tempatan menerusi Ekspo Malaysia O2O. OEDA berharap dapat membantu para pedagang Malaysia menyediakan pelantar perniagaan dalam kedua-dua cara.

Ekspo ini bermula dengan 70 peniaga tempatan terpilih yang menjual lebih daripada 500 produk, dari makanan hingga perkhidmatan.

Sementara itu, walaupun selepas berakhirnya ekspo ini, pengguna Malaysia akan terus dapat mengakses laman web ini, Quinpavilion untuk membeli belah seperti mana kemudahan laman beli belah dalam talian yang ada di pasaran ketika ini.

OEDA yang bertindak sebagai perunding, akan memberikan sokongan penuh dalam usaha memperkasakan perniagaan tempatan untuk menjadi lebih kuat dan lebih besar.

Antara yang turut hadir ketika perasmian ekspo ini termasuklah Exco Perdagangan Antarabangsa & Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna Dan Pembangunan Keusahawanan Pulau Pinang, Dato’ Abdul Halim Husain; Adun Batu Uban, Kumaresan Arumugam; Pengarah Risda Negeri Pulau Pinang, Rosnani Mohd Jamil; Naib Presiden MTC, Datuk Azlie Halim; Pengerusi Jawatankuasa Ekspo Malaysia O2O, Jason Lim; dan Presiden OEDA, Dato’ Dr Kenny Tan.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *