Thu. Apr 25th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Dato’ Sheila Majid Tokoh Ikon Selebriti Pelancongan

1 min read

PETALING JAYA, 9 Disember 2021 : Ratu Jazz Malaysia Dato’ Sheila Majid telah dinobatkan sebagai Ikon Selebriti Pelancogan di Malaysia Tourism Council Gold Awad 2021 yang telah dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia hari ini. Sumbangan beliau dalam mengharumkan nama negara dipersada seni, turut membantu menaikkan imej pelancongan negara di mata dunia.  

Sheila melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas anugerah tersebut dan ia merupakan suntikan semangat kepadanya untuk terus menyemarakkan lagi industri pelancongan negara.

Sebelum ini Majlis Pelancongan Malaysia telah memberikan anugerah yang sama kepada selebriti yang terdiri daripada Ana Rafalli (2017),  Dato’ Siti Nurhaliza (2018) dan Dayang Nurfaizah (2019).

Pada tahun ini juga penyanyi yang popular dengan lagu irama Malaysia, Noraniza Idris yang diumumkan sebagai pemenang bagi kategori  Best Traditional Music Performence.

Anugerah itu seperti “Anugerah Oscar” untuk persaudaraan pelancongan dan hospitaliti Malaysia dan inilah sebab untuk kami meraikan wira pelancongan ini. Acara yang paling ditunggu-tunggu ini telah menarik penyertaan ramai penggiat industri pelancongan dalam dan luar negara setelah acara ini tidak dapat dianjurkan pada tahun lepas apabila dunia dilanda pendemik Covid 19

Lebih daripada 45 anugerah telah diberikan kepada peserta sebagai tanda kecemerlangan dan sokongan mereka dalam pembangunan industri pelancongan di Malaysia. 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor yang mewakili Menteri Besar Selangor.

Selain mengiktiraf para penggiat industri pelancongan, majlis ini juga merupakan satu peluang untuk meraikan dan mengumpulkan pihak terbabit, sekali gus sebagai usaha menyemarakkan lagi industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pendemik Covid 19.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *