Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Buffet ‘RAMADAN KAMPUNG PEOPLE’ Premiera Hotel Kuala Lumpur

2 min read


Saban tahun, Hotel Premiera Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman tidak pernah ketinggalan menyediakan bufet berbuka puasa yang sentiasa menggamit selera para tetamu.

Tidak terkecuali pada tahun ini, Coffee House, di Aras 5 merupakan lokasi utama iftar Premiera Hotel dan bukannya di Dewan Utama seperti tahun-tahun terdahulu. Dengan rekaan moden kontemporari, suasana tenang dan selesa serta dihiasi dengan dekorasi berkonsepkan kampung, para tetamu  pasti teruja untuk berbuka di sini. 

Dewan Utama di Aras 6 pula dibuka untuk Buka Puasa tempahan korporat untuk kumpulan lebih daripada 50 orang. Dewan Utama ini mampu memuatkan sehingga 1000 orang tetamu pada satu masa di samping keselesaan ruang legar yang luas dan sistem bunyi terkini dan projektor skrin untuk tontonan 360 darjah, seterusnya memberikan kepuasan berganda kepada para tetamu. Kemudahan surau yang luas untuk menunaikan solat  dan selesa yang terletak di Aras 7 juga disediakan untuk para pengunjung menunaikan solat fardhu dan Terawih. Sepanjang bulan Ramadhan ini, solat Terawih akan diketuai oleh Ustaz yang telah dilantik oleh pihak hotel.

Pelbagai hidangan kampung dari seluruh negeri Malaysia disajikan pada tahun ini sesuai dengan temanya ‘Ramadan Kampung People’ yang bakal menambat selera pengunjung. Menu-menu terpilih yang berkonsepkan selera kampung Bersama  menu utama Ramadhan kali ini yang bakal membuat pengunjung tak lekang tempat duduk semestinya Kambing golek diperap istimewa yang dibakar dengan kayu arang, Pais ikan Kembung, Patin Gulai Tempoyak, Gulai Daging Pisang Muda, Ayam Percik Tumpat, Nasi Kebuli, Nasi Beriyani, Gulai Kambing Kari Penang, Gulai Ketam Nenas, Ayam Ungkep, Siput Sedut Masak Lemak, Sambal Jawa, Udang Sambal Petai Sup Daging Roti Bengali. 

Manakala Stall Buffet menyediakan hidangan masakan yang dimasak secara live. Antaranya claypot asam pedas, ikan bakar, keow teow goreng, mee goreng,  dan tidak lupa juga pelbagai jenis mee seperti Laksa Kedah. Turut disajikan dengan puluhan manisan dan kuih muih seperti kek, bubur, jeruk dan kuih muih tradisional. Tidak lupa juga, pada penggemar raja segala buah iaitu durian, pasti tidak akan melepaskan peluang menikmati durian kampung yang telah menjadi kepastian untuk pengunjung tidak melepaskan peluang untuk menikmati sepuas-puasnya.

Harga bufet Ramadan di Premiera Hotel Kuala Lumpur dijual pada RM95 bersih untuk Dewasa dan RM48 bersih untuk kanak-kanak. Bagi yang bermalam tempahan bilik, pakej Ramadan juga di sediakan, berharga RM350 bersih untuk satu malam beserta sahur dan iftar untuk 2 orang dewasa.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi talian 011 2385 8094 / 8095.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *