Tue. Apr 30th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

BRAND’S ESSENSE OF CHICKEN BEKERJASAMA DENGAN PLUS UNTUK KEMPEN “KEKAL CERGAS DAN SELAMAT”

2 min read

BRAND’s Essence of Chicken (BRAND’S) telah bekerjasama dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk kali kedua bagi melancarkan kempen keselamatan jalanrayanya – ‘Kekal Cergas dan Selamat’ untuk Ramdan dan Hari Raya 2024.

Tempoh perayaan Aidilfitri pada tahun 2023 telah menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya PLUS, dengan jumlah semasa kemuncak Aidilfitri mencecah lebih dua juta kenderaan.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada 2023, kemalangan jalan raya meningkat sebanyak 9.6% berbanding tahun sebelumnya. Memandu dengan laju, pemandu yang letih dan gangguan adalah punca-punca utama kemalangan yang direkodkan.

Statistik yang membimbangkan inilah yang mendorong BRAND’S untuk sekali lagi bekerjasama dengan PLUS, untuk mengingatkan pengguna jalan raya tentang pentingnya mengekalkan kewaspadaan dan tenaga untuk pemanduan yang selamat.

BRAND’S akan mengagihkan lebih 50,000 botol BRAND’S® Essence of Chicken kepada pengguna lebuh raya PLUS di hentian R&R terpilih antara 4 dan 17 April 2024 sebagai sebahagian daripada kempen ini.

Terdapat juga aktiviti-aktiviti interaktif di hentian-hentian ini bagi membantu pengguna jalan raya bersenam minda mereka dan kembali bertenaga semasa rehat.

BRAND’S® Essence of Chicken juga disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Aktiviti-aktiviti di dalam kempen ‘Kekal Cergas dan Selamat’ BRAND’s dan PLUS akan berlangsung di lokasi-lokasi berikut:

  1. 4 sehingga 7 April di R&R Tapah Arah Utara
  2. 8 dan 9 April di R&R Seremban Arah Utara
  3. 14 dan 15 April di R&R Ayer Keroh Arah Selatan
  4. 16 dan 17 April di R&R Sungai Buloh Arah Utara

Semasa sambutan perayaan Aidilfitri, PLUS dan BRAND’S menggalakkan pengembara untuk menyemak halaman Facebook PLUS Malaysia (www.facebook.com/PLUSMalaysiaBerhad/) dan halaman Facebook BRAND’S Essence of Chicken (www.facebook.com/BrandsMalaysia) untuk maklumat terkini mengenai Nasihat Masa Perjalanan (TTA) dan situasi lalu lintas terkini.

Kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan BRAND’s untuk memberi kesan positif kepada komuniti dan menyediakan petua dan sumber yang berguna kepada pengguna jalan raya untuk kekal berwaspada, selamat dan selamat semasa dalam perjalanan.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *