Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Bersama Bantu Basmi Kemiskinan

1 min read

Sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa, Travel Writers Association Of Malaysia, Amazing Hiking- Malaysia dan Majlis Pelancongan Malaysia telah bekerjasama dengan Yayasan Basmi Kemiskinan bagi menyantuni warga Desa Kasih Merbau Berdarah (DKMB) melalui Program Serahan Sumbangan YBK Prihatin pada hari ini. Sumbangan berupa barangan keperluan harian daripada penaja telah diedarkan dari rumah ke rumah oleh petugas YBK, TRAM serta sukarelawan Amazing Hiking-Malaysia yang terdiri daripada 6 warga luar negara dari Russia, Ukraine, Kazakhstan dan Denmark.
Taklimat pra-serahan telah diberikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK). Semua yang hadir telah mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, dan wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat telah hadir memantau proses sumbangan. Pengerusi YBK, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom turut sama menyerahkan sumbangan. Hadir sama adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, En. Zulhairy Jalaluddin dan En. Zainal Mohd Jais; En. Mohd Khairi Yunos (Mantan Eksekutif Kanan YBK); dan Datin Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan – YBCare).
Dalam majlis yang sama, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas telah menyerahkan 150 naskhah Al-Quran untuk diwakafkan kepada Surau Nurul Nida DKMB dan mewujudkan ‘Quran Corner’. Juga, Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia yang diketuai oleh Datuk Azlie Halim, Amazing Hiking-Malaysia yang diketuai oleh Ms Ekaterina Chulkova turut memberikan sumbangan berupa makanan, bahan bacaan, buku dan pakaian.
Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa disambut pada 17 Oktober setiap tahun selepas diisytiharkan secara rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 22 Disember 1992.
Tema tahun ini adalah ‘Bersama Bertindak Untuk Mencapai Keadilan Sosial dan Persekitaran Untuk Semua’.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *