Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Berhibur Sambil Beramal Bersama David Foster & Siti Nurhaliza Ogos ini di Konsert Eksklusif David Foster and Friends

3 min read

KONSERT DAVID FOSTER & FRIENDS BAKAL GAMATKAN KUALA LUMPUR PADA OGOS INI

KUALA LUMPUR, 7 Jun 2023 – Penganjuran Konsert Eksklusif David Foster and Friends di jangka mendapat sambutan luar biasa daripada peminat tempatan dan antarabangsa apabila but julung kalinya akan diadakan dan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2023 (Isnin) yang bakal tiba tidak beberapa bulan lagi. Penampilan khas dan eksklusif oleh Penyanyi Nombor 1 Tanah Air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang turt akan bergandingan bersama David Foster dijangka akan mengamatkan suasana panggung Mega Star Arena.

Konsert “David Foster & Friends” ini adalah anjuran Yayasan Prihatin Nasional(PRIHATIN) dengan kerjasama B De Paris Beauty Project Ent. Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan ke arah kehidupan yang lebih baik melibatkan 3 Teras Utama iaitu Pendidikan, Kepimpinan dan Keusahawanan. Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) turut menjadi penggerak utama membantu kerajaan dalam melaksanakan program-program bercorak kemasyarakatan di seluruh pelusuk tanahair dalam menyalurkan bantuan dengan telus dan sistematik.

Konsert in diadakan sempena menghargai para peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza sama ada peminat tempatan dan antarabangsa dengan hasil gabungan dan paduan penyanyi terkenal tempatan dan pemuzik terkenal antarabangsa.

Turut menampilkan Michael Bolton, Peabo Bryson, Katharine Hope McPhee, Loren Allred adalah rakan-rakan David Foster yang akan turut menemani pemuzik terkenal David Foster dalam konsertnya. Sebahagian hasil jualan tiket yang dijual akan disalurkan ke Tabung Kasih PRIHATIN bagi kegunaan dan manfaat pendidikan pelajar di Menara Gading yang tidak berkemampuan dalam kategori asnaf dan B40.

Konsert David Foster & Friends di Kuala Lumpur akan melibatkan artis terkenal tanah air Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza yang pastinya akan menjadi suatu fenomena baharu bagi peminat tempatan dan antarabangsa apabila konsert ini pasti menggamit memori gandingan dua artis terkenal ini pada tahun 2014. Konsert ini bakal mengukuhkan nama Malaysia dipersada antarabangsa dan memperkuatkan hubungan di antara Malaysia dan negara luar di samping mampu memperkasa pendidikan melalui usaha Yayasan Prihatin Nasional menganjurkan konsert amal antarabangsa berskala besar untuk mengumpul dana kebajikan.

Menurut Dato Sri Siti Nurhaliza “Alhamdulillah, saya bersyukur kerana akhirya konsert yang ditunggu-tunggu hampir tiba, sudah tidak sabar ingin bergandingan bersama David Foster & rakan-rakan selebriti yang lain. Saya juga berasa amat gembira buat para peminat tempatan dan antarabangsa kerana selain mereka akan berhibur tetapi mereka turut akan menyumbang untuk dana kebajikan di Malaysia melalui Yayasan Prihatin Nasional. In yang seharusya yang dilakukan oleh semua pihak kerana di dalam setiap perkara yang kita lakukan, kita bole menyumbang sesuatu kepada negara. Terima kasih kepada PRIHATIN dan B De Paris atas kerjasama menganjurkan konsert in yang membolehkan rakyat Malaysia memberi sumbangan secara tidak langsung bag membantu mereka yang memerlukan di luar sana.” ujar Figura Nombor 1 Negara.

Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali berkata, “Penganjuran Konsert David Foster & Friends termasuk penampilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini bakal memberi manfaat buat anak-anak Malaysia Madani di Menara Gading yang kurang berkemampuan dari golongan asnaf untuk mengurangkan beban kos sara hidup di kampus.

PRIHATIN amat proaktif dalam menjalankan program-program bersifat kebajikan terutama dalam memperkasakan pendidikan negara ke aras yang lebih tinggi di persada dunia. Saya teruja kerana diberi peluang untuk menganjurkan konsert ini yang bukan hanya bersifat komersial semata-mata tetapi turut menekankan konsep ‘Berhibur Sambii Beramal’ dan bersyukur dengan penglibatan semua artis yang bersetuju untuk sama-sama mencari dana melalui jualan tiker seterusnya menyalurkan sebahagian hasil jualan untuk tujuan kebaikan. PRIHATIN turut berterima kasih kepada pihak korporat dan orang perseorangan yang membel tiket korporat sekaligus memberi sumbangan kepada mereka yang memerukan dalam bidang pendidikan.”

Tiket telah mula dijual dengan harga RM288, RM388, Ram488, RM688, RM788 dan Ram988secara online di laman sesawang di www.myticket.asia

#prihatin

#hitman

#davidfoster

#sitinurhaliza

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *