Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Barisan Kepimpinan Baru MyBHA Realisasikan Pemulihan Sektor Perhotelan

2 min read

KUALA LUMPUR : Barisan kepimpinan baru Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia berhasrat untuk meneruskan visi persatuan untuk memacu pemulihan dan memartabatkan Industri Perhotelan sekali gus meningkatkan daya saing dalam memastikan kelangsungan Industri pelancongan.
Menurur Dr Sri Ganesh Michiel , Presiden MyBHA yang baru dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-21, pihaknya berhasrat untuk memupuk perpaduan di kalangan ahli ke arah memartabatkan Industri Perhotelan Bajet & Bisnes
” Kita ingin memupuk suasana muhibah dan kerjasama di kalangan hotel bajet & bisnes di Malaysia disamping menggalakkan hubungan baik antara ahli-ahli Persatuan dengan agensi-agensi Kerajaan, Swasta dan orang ramai, ” Dr Sri Ganesh.
Tambahnya lagi pihaknya telah mendengar pandangan, keluhan, masalah, maklumbalas dan cadangan daripada ahli-ahli kami yang hadir daripada seluruh pelusuk negara ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan yang sedang berusaha untuk kembali pulih dalam perniagaan masing-masing akibat terkesan daripada pandemik Covid-19 dan ancaman-ancaman Industri yang masih gagal diselesaikan oleh pihak-pihak terlibat.

Sementara itu menurut Zamri Hj Muhyi, Setiausaha Agung MyBHA pihanya ingin menyeru kepada semua pihak terutama agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam mewujudkan dan/atau menguatkuasakan dasar dan polisi untuk sentiasa mengadakan sesi libat urus bersama-sama kami yang adalah suatu pihak berkepentingan bagi Industri Perhotelan demi kelangsungan Industri Perhotelan secara amnya dan Industri Pelancongan secara amnya.

Pihak MyBHA juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg Dato’ Hjh Emmy Suraya Hussein atas segala jasa dan bakti serta ilmu yang telah dicurahkan sepanjang meminpin dan menjawat jawatan Presiden persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA) bagi penggal 2019 – 2022 yang merupakan suatu tempoh yang mencabar bagi Industri Perhotelan dan pelancongan di seluruh dunia akibat penularan wabak Covid-19.

Berikut merupakan senarai pucuk pimpinan yang baru bagi penggal 2022 – 2025 bagi Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA) :

Presiden : YBhg Dr Sri Ganesh Michiel
Timbalan Presiden : En. Jarod Chia Lik Ming
Setiausaha Agung : En. Zamari Bin Hj Muhyi
Timbalan Setiausaha Agung : En. Kenneth Oh Soon Meng
Bendahari : En. Anthony Ng Chee Fook
Timbalan Bendahari : En. James Rajan A/L Kulanthai
Pengerusi Negeri (Melaka) : Pn Norsalenawaty Binti Mohammad Salleh
Pengerusi Negeri (Negeri Sembilan) :En Suresh A/L Armugam
Pengerusi Negeri (Selangor) : Pn Khoo Peng Yong
Pengerusi Negeri (Pulau Pinang): En. Andy Lau Eng Leong
Pengerusi Negeri (Kedah & Perlis) : Dato’ Noorazly Bin Che Rosly
Pengerusi Negeri (Pahang) : En Pajan Singh A/L Kirpal Singh
Pengerusi Negeri (Terengganu) : En Samsudin Bin Mohd Fauzi
Pengerusi Negeri (Kelantan) : Pn. Wan Fauziah Binti Wan Mamat
Pengerusi Negeri (Sabah) : En. James Ong Kim Loke
Pengerusi Negeri (Sarawak) : En Stephen Wong King Siong 

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *