Thu. Apr 25th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Bantuan Pasca Banjir MTC & MOTAC Ke Temerloh, Pahang

2 min read

Selepas menyantuni mangsa banjir di Shah Alam minggu lepas,  Majlis Pelancongan Malaysia dan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya meneruskan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Temerloh Pahang pula. 

Program misi bantuan kali ini dimulakan dengan penyampaian bantuan kepada pengusaha-pengusaha homestay di Desa Murni yang terjejas dengan banjir.

Seterusnya, konvoi bergerak ke  Dewan Bukit Kelulut, Temerloh untuk penyerahan bantuan bersama ADUN Lanchang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin.

MOTAC diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Zamri Mat Zain ,TKSU (Pelancongan) manakala Majlis Pelancongan Malaysia diketuai oleh Presidennya, Uzaidi Udanis sertabarisan kepimpinan MTC serta para sukarelawan telah menjayakan misi pada hari ini.

Misi tersebut melibatkan penyertaan sukarelawan di bawah MOTAC (Voluntourism), penggiat-penggiat industri pelancongan di bawah Majlis Pelancongan Malaysia yang terdiri daripada lebih 100 ahli gabungan dalam kalangan persatuan hotel, agensi pelancongan, restoran, spa dan pengusaha produk pelancongan.

Usaha yang diterajui oleh Majlis Pelancongan Malaysia dan MOTAC dengan melibatkan para penggiat industri ini telah memperlihatkan kesungguhan untuk menghulurkan bantuan sama ada dalam aspek tenaga kerja, sumbangan barang-barang keperluan asas serta pelbagai lagi bentuk bantuan yang dihulurkan.

Hasil daripada kerjasama strategik ini keluarga yang terjejas teruk akibat banjir besar di Temerloh dapat dibantu dengan pelbagai barangan keperluan asas dan makanan.

Menurut Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Encik Uzaidi Udanis program tersebut telah memperlihatkan semangat gotong-royong dalam kalangan keluarga industri pelancongan yang disokong sepenuhnya oleh MOTAC melalui penggiat-penggiat industri bagi meringankan beban mereka yang terjejas dalam bencana banjir tersebut.

“Ia juga sejajar dengan salah satu nilai dan ciri dalam konsep Keluarga Malaysia iaitu; Keterangkuman – saling menghormati dan mengasihi sesama ahli keluarga” katanya.

Antara penyumbang yang terlibat dalam menjayakan misi kali ini adalah MyBHA, Peniagawati, Azeri Asia Delivery, MiTDA, MITA, MATIC, Amazing Hiking, Persatuan Pengusaha Homestay Malaysia, TRAM, Santai Travel, Brahim’s Dewina , Zamburger Hotel, serta individu yang terlibat dalam menjayakan misi bantuan itu.

Majlis Pelancongan Malaysia akan meneruskan beberapa lagi Misi Bantuan kawasan lain yang terjejas akibat banjir dan menyeru semua pihak agar dapat menyalurkan sumbangan kepadaakaun bank : MAYBANK : 514347224941(MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA) 

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *